TIDAK lama lagi Aidilfitri menjelma.

Semua orang sedang sibuk membuat persiapan bagi memeriahkan hari kemenangan itu.

Walaupun beraya dalam normal baharu dan tidak dibenarkan aktiviti merentas negeri ke kampung halaman, kita terpaksa menerima hakikat itu dan demi memutuskan jangkitan Covid-19 ini.

Namun, sedikit berita gembira buat pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dibenar merentas negeri pulang ke kampung halaman bagi beraya bersama keluarga tercinta.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelajar-pelajar IPT yang berada di kampus dibenar untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali Sarawak.

Walau bagaimanapun, para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kampung halaman ataupun kekal di kampus masing-masing sepanjang cuti perayaan ini.

Menurut kenyataan itu, kebenaran yang diberi ini selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memberi kelonggaran kepada sektor pendidikan.

Selain itu, KPT turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menetapkan mekanisma kawalan di setiap IPT yang mana pergerakan pelajar akan dilakukan secara berfasa, iaitu;

  • Pergerakan pulang ke rumah masing-masing: 7 – 12 Mei
  • Pergerakan kembali ke kampus masing-masing: 15 – 20 Mei

Sehubungan itu, IPT masing-masing akan menyediakan surat kebenaran rentas daerah atau negeri dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

KPT juga menetapkan bahawa pergerakan pulang pelajar akan dibuat melalui 3 kaedah iaitu kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga dan menggunakan bas yang disediakan oleh IPT.

Pergerakan pulang menggunakan pengangkutan awam bagaimanapun tidak dibenarkan, kecuali perkhidmatan penerbangan.

Para pelajar dan ibu bapa boleh merujuk SOP Pergerakan Pulang Pelajar Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokuman Soalan Lazim di laman web KPT.

Persoal dan mempertikai guru tidak memantau pelajar selepas waktu sekolah tidak wajar - NUTP

Sementara itu, pelajar asrama sekolah dan Kolej Vokasional (KV) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang berada di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan pulang ke rumah.

Menurut MKN, prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pendidikan untuk PKPD juga menetapkan tiada individu dari sekolah dan KV dibenarkan keluar atau masuk ke, atau dari kawasan terbabit.

“Tiada tetamu dan pelawat luar dibenarkan masuk dalam tempoh PKPD berkuat kuasa.

“Semua aktiviti persekolahan secara fizikal dan kokurikulum adalah ditangguhkan sepanjang PKPD,” demikian menurut SOP sektor pendidikan yang dikongsikan MKN di laman Telegram rasminya.

Bagaimanapun, pergerakan dibenarkan bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, namun pergerakan adalah dibenarkan dengan syarat perlu mendapat kebenaran daripada polis selain wakil keluarga boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Mengenai SOP bagi kawasan atau negeri dikenakan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) serta PKP Pemulihan (PKPP), MKN memaklumkan sekolah perlu menyediakan jadual pergerakan pelajar untuk pulang ke rumah dan kembali semula ke asrama.

Semua pelajar bagi negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dibenarkan pulang secara berperingkat mulai 6 Mei dan kembali ke asrama pada 12 Jun manakala pelajar untuk negeri Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dibenarkan pulang mulai 7 Mei dan kembali pada 13 Jun.

Iklan

Baca juga Tiada lagi UPSR! Ini memori yang bakal ditinggalkan

Bagi tujuan pergerakan pelajar, MKN menetapkan agar kenderaan sekolah atau sewa khas perlu disediakan sekiranya terdapat lebih 10 orang yang perlu merentas negeri atau zon bagi Sabah dan Sarawak manakala kenderaan sendiri hanya boleh digunakan bagi pelajar yang tidak perlu merentas negeri dan terdapat 10 orang atau kurang yang perlu merentas negeri atau zon di Sabah dan
Sarawak.

“Sekolah perlu menetapkan lokasi bagi menurunkan/mengambil murid di setiap negeri. Ibu bapa/penjaga boleh menjemput anak/anak jagaan di lokasi yang telah ditetapkan,” menurut SOP itu.

SOP itu juga menetapkan ibu bapa atau penjaga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai anak bersekolah di Labuan boleh mengambil dan menghantar pulang anak atau anak jagaan di lokasi ditetapkan sahaja.

Bagi tujuan pengurusan kesihatan, semua pelajar perlu menjalani saringan kesihatan sebelum menaiki kenderaan yang disediakan oleh sekolah dan telah disanitasi, sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi SOP ditetapkan sepanjang perjalanan.

FAIZUL HAKIMI ZULKIFLI H: Pengumuman khas PM, calon SPM dan NUTP tunggu kata putus TERDAHULU, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan dimulakan semula pada 20 Januari ini setelah ia ditutup sejak negara menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19 dengan peningkatan jumlah kes positif yang tinggi. Namun, sejak kebelakangan ini kes penularan Covid-19 kembali mencecah angka yang membimbangkan dan kes kematian akibat Covid-19 juga semakin meningkat hari demi hari. Perdana Menteri juga akan membuat pengumuman khas hari ini bagi memaklumkan tindakan-tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani masalah tersebut. Pastinya keputusan mengenai sesi persekolahan akan diteruskan atau sebaliknya menjadi antara perkara yang paling ditunggu-tunggu ibu bapa dan juga pelajar terutama calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap peperiksaan SPM yang dijadualkan Februari ini diteruskan meskipun ada kebimbangan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini. Memetik laporan portal media tempatan, Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, pihaknya tidak mahu status cemerlang peperiksaan SPM terjejas kerana sijil berkenaan juga diiktiraf di banyak negara dan ia setaraf dengan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) di United Kingdom. NUTP mengharapkan agar peperiksaan SPM dapat diteruskan untuk pelajar SPM yang sepatutnya menduduki pada tahun 2020 itu untuk proses mereka memasuki fasa kerjaya dan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi berjalan lancar. Jika ditangguh lagi, dikhuatiri akan menjejaskan mereka untuk melanjutkan pelajaran mahupun menempuh alam pekerjaan. “Pelajar SPM yang memasuki umur 18 tahun ini juga sudah mampu berfikir secara matang dan sedar apa-apa yang berlaku akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran dan memasuki era kerjaya,” katanya. NUTP juga berpendirian akan menyokong apa jua keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) sama ada untuk menangguhkan pembukaan sesi persekolahan sekiranya kes Covid-19 terus meningkat dan membimbangkan. NUTP yakin dalam proses pembukaan sesi persekolah pihak KPM akan membuat keputusan tepat berasaskan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan analisis risiko semasa. “Kami di pihak guru dalam keadaan apa sekalipun tetap bersedia menabur khidmat dan berharap aspek keselamatan dan kesihatan diberikan keutamaan dalam apa-apa hal berkaitan pembukaan sekolah,” katanya. Jadi, sama-sama kita tunggu pengumuman khas yang akan dibuat hari ini dan apakah keputusan yang akan diambil oleh kerajaan. ‘Stop’ dulu buat pelbagai andaian dan jangan sesekali menyebarkan maklumat palsu pada apa jua platform media sosial yang boleh menyebabkan orang ramai mula panik dengan berita yang tidak benar. Awas! Menyebarkan berita palsu juga merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang!

Selain itu, pelajar yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama dengan syarat mereka dan ahli keluarga yang tinggal serumah tidak dalam tempoh kuarantin atau kontak rapat individu positif Covid-19 dan perlu mengemukakan borang pengisytiharan kesihatan.

Iklan

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 26 April lepas mengumumkan sesi pembelajaran selepas cuti hari Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

Baca juga Berterusan hingga lepas Aidilfitri! Rentas negeri hujung minggu hanya untuk kecemasan, kematian dan PJJ

Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B.

Selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei hingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei hingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.

Justeru, sama-samalah kita mendoakan kes jangkitan Covid-19 ini akan berkurangan serta sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaiannya.

Moga kita semua juga tabah dan sabar mengharungi dugaan Aidilfitri di rantauan.