BARU-BARU ini perkahwinan seorang pelakon dan pengacara popular menjadi sebutan ramai apabila bertemakan serba putih dan dihiasi jutaan bunga segar yang sangat cantik, mewah dan elegan.

Bukan hanya itu, busananya yang berinspirasikan Arabian hooded hasil sentuhan pereka fesyen terkenal juga turut menjadi perhatian.

Seperti seorang gadis dikenali Nadyiayaya ini, gara-gara teruja dengan penampilan anggun selebriti berkenaan, dia cuba mengenakan persalinan yang hampir serupa.

Apa yang menarik perhatian ramai, veil yang digunakan oleh gadis tersebut yang kelihatan sangat unik.

Rupa-rupanya, ia merupakan alas meja jiran sebelah rumahnya!

Menurutnya, pada mulanya dia ada mencuba alas meja lain tetapi fabriknya tak menjadi.

“Lapik meja satu macam tak kena keras kejung, ok cuba lapik meja dua. Ok nampak nice, jatuh dia elok.

“Berangan nak jadi Lofa, dari belakang macam roti jala. Pakai baju nikah dulu saiz XS, sekarang ada hari tapi sumbat jugak.

“Dari depan memang betul-betul roti jala.Terima kasih jiran bagi pinjam lapik meja,” tulisnya.

[VIDEO]Pinjam alas meja jiran, nak cantik seperti selebriti

Iklan

Menjengah ruang komen, rata-rata warganet amat terhibur dengan kesungguhan gadis berkenaan gigih sehingga meminjam alas meja daripada jiran untuk menghasilkan gaya Neelofa.

Iklan

fahri izham – Sis lawalah. Tak ada orang buat lagi dan benda tu kalau home made lagi mahal.

eykaainaa – Lakulah lepas ni lapik meja gitu.

Madam Z – Part last tu tak tahan, terima kasih jiran bagi pinjam lapik meja.

Syima Saharuddin – Mak jiran mesti bising lapik meja dia hilang.

Baca juga [VIDEO]Ragam 6 anak untuk duduk diam 1 saat, Dr Harlina kongsi sebalik tabir sesi fotografi raya

YanieShaari – Lapik meja… camana boleh dapat idea tu. So kreatif.

Deera Aziz – MasyaAllah, masalahnya hampir samala. Cantik!

@nadyiayayaexpectation vs reality 😂 ##neelofa ##weddingneelofa ##neelofapuriz ##makeupneelofa ##coconutscrub ##cocofaced ##foryoupage ##fyp

♬ original sound – 💉 MEI BOREG 💊 – Mina