Ponteng sekolah demi bantu keluarga cari rezeki dengan menjual cendawan tiram rumah ke rumah

A
A
A

TIDAK semua kanak-kanak dibesarkan dalam keluarga serba-serbi mencukupi, seperti seorang budak lelaki ini yang baru berusia 12 tahun sudah mulai menjual cendawan tiram rumah ke rumah.

Tidak dapat membayangkan rakan-rakan seusianya menikmati zaman bergembira sebagai kanak-kanak tetapi dia sudah kenal erti kehidupan mencari rezeki untuk membantu keluarga.

Difahamkan, kanak-kanak itu masih lagi bersekolah tetapi dia memilih untuk membantu keluarganya mencari pendapatan sampingan walaupun terpaksa ponteng sekolah.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Rosmaliana Roslan menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi dari warga maya.

Beliau berkata mulanya hanya terdengar suara memberi salam dari luar rumah. Apabila dijenguk susuk tubuh seorang kanak-kanak kelihatan.

Baca juga: [VIDEO] “Makcik steady!” Gelagat wanita bagi isyarat tangan buka laluan kepada ambulans raih perhatian warganet

“Pada mulanya tak nak beli, tapi agak lama dia depan rumah sambil duduk dan bagi salam tak putus-putus.

“Saya buka pagar dan tengok air muka, ALLAH kesiannya, tanya dah makan belum, katanya belum,” ujarnya.

Apabila sudah bergelar ibu, pasti ada satu naluri yang akan membayangkan situasi itu terjadi kepada anak sendiri.

Mendengar sahaja kanak-kanak itu belum makan, Rosmaliana pantas mempelawa masuk dan ajak makan kuetiau goreng yang dimasak untuk sarapan pagi.

Sewaktu sedang menikmati makanan, Rosmaliana sempat bertanya beberapa soalan yang bermain dimindanya tentang mengapa kanak-kanak yang masih kecil ini sudah mulai menjual-jual.

“Saya bertanyakan soalan tinggal di mana? Ayah dan mak ada lagi tak? Ayah kerja apa? Sekolah atau tidak?” katanya.

Menurut kanak-kanak itu, dia tinggal di Cahaya Baru dan masih lagi mempunyai kedua orang tua.

Difahamkan ibunya tidak tinggal sekali bersama kerana bekerja di Pahang dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali dan bapanya pula bekerja sebagai seorang rela.

Baca juga: Kanak-kanak 4 tahun tak sengaja ‘dimandulkan’, keluarga saman RM4.4 juta

Dalam pada itu dia berkata seorang lagi adiknya yang berusia 11 tahun turut membantu keluarga mencari rezeki dengan menjual cendawan tetapi berbeza lokasi dengannya.

Perkongsian itu Rosmaliana di laman sosial itu telah menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Siapa yang tidak mengenali personaliti ini pantas membantu golongan yang memerlukan.

SinarPlus kemudiannya ke laman Facebook rasmi pendakwah itu dan melihat penceramah itu menghadiahi sebuah telefon bimbit baharu kepada kanak-kanak tersebut dan sejumlah wang tunai untuk perbelanjaan keperluan harian.

Bukan itu sahaja, Rosmaliana berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut cakna tentang isu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.

“Alhamdulillah… pihak JKM Johor Bahru dah dapat info kat mana adik yang jual cendawan tiram tu bersekolah. Team JKM akan ke sekolah tersebut hari ini. Semoga dipermudahkan urusan seterusnya,” jelasnya.

Baca juga: Dua tahun perjuangkan bantuan untuk ibu strok terlantar, wanita terharu dikunjungi Ebit Lew

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca