Rahsia jaga badan, Tun M pastikan berat tidak lebih 62kg, elak terlalu gemuk

RAHSIA penjagaan badan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed boleh menjadi ikutan semua. Berat badan beliau tidak dibiarkan melebihi 62 kilogram (kg) agak tidak terlalu gemuk.

Tun Dr Mahathir dikenali ramai sebagai seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya.

Malah, beliau juga sering ditanya oleh umum tentang bagaimana dirinya menjaga kesihatan dan pemakanan agar nampak lebih cergas serta sentiasa aktif.

Bekas Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali itu mengamalkan pengawalan makanan yang diambilnya setiap hari supaya tidak makan melebihi had.

“Perkara utama saya lakukan adalah elak jadi terlalu gemuk, ini bermakna kita tak boleh makan terlalu banyak.

“Bila berasa sedap (makan) berhenti, ini memang susah tapi ini amalan saya. Jadi saya makan cukup-cukup saja. Berat saya tak pernah lebih daripada 62 kilogram sudah lebih 30 tahun,” kongsi anak jati Kedah kepada Astro Awani.

Iklan
Iklan

Malah beliau mengelakkan makan, tidur berlebihan, terus aktif walau sudah berusia.

Jelas Dr Mahathir, apabila berat badan seseorang itu terlalu tinggi, ia akan memberi tekanan kepada jantung.

“Saya juga ada sakit jantung, namun penyakit-penyakit kronik lain Alhamdulillah tiada dan sebab itu saya nampak lebih sihat daripada umur saya,” katanya lagi.

Baca juga: “Saya pun mengantuk juga nak tidur tapi…” Che Det kongsi dua tip kekal aktif tika berusia

Dr Mahathir yang bakal menginjak usia 97 tahun berkata untuk terus kekal aktif terutama bagi individu yang sudah berusia ialah dengan mengelak tidur terlalu lama.

“Biasanya kalau sudah tua, badan lemah sikit, ramai orang akan tidur. Jadi bila tidur badan dan otak akan jadi lebih lemah kerana otot-otot dan minda tidak digunakan.

“Bolehlah nak tidur tapi sekejap-sekejap sahaja. Yang selebihnya pergi berjalan, menulis dan kalau ada perbincangan boleh sertai.

“Sebab itu saya selalu sibukkan diri saya dan kekal aktif. Saya suka kalau kerja, sebab kerja minda saya akan berjalan,” kata Dr Mahathir berkongsi kegemarannya mengisi lapang.

Selain itu, Tun M turut berkongsi faktor kebahagiaan rumah dengan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah sikap bertoleransi.

Baca juga: 3 rahsia kekal sihat Tun Mahathir penting buat orang muda amalkan. Bossku tak lupa hantar ucapan tanda ingatan


“Selalu orang perempuan ni bersiap dan bersolek lambat, kadang-kadang dia (Siti Hasmah) bersolek lebih satu jam.

“Awal-awal dulu marahlah, berkelahi, tapi apa nak buat itu cara dia, saya kena terima. Dia juga kena terima cara saya,” dedahnya.

Melayari bahtera rumah tangga bersama hampir 66 tahun, Tun Mahathir mengakui sikap saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangan akan membuatkan rumah tangga itu bertambah seri.

Baca juga: Ini kuarters Tun M masa mula-mula jadi doktor tahun 1956

Jelasnya, walaupun ada perselisihan faham, ia perlu diselesaikan dengan baik.

“Mungkin bagi suami isteri, pada mula-mula perkenalan semua baik, bila dah lama mungkin ada saja nak marah, tapi saya berasa bertanggungjawab.

“Kalau keluarga pecah, apa nasib anak-anak, itu yang sentiasa saya ingatkan supaya kita sentiasa bersikap tolak ansur,” katanya lagi.

Jelas Tun Mahathir, sikap peribadi beliau dan Siti Hasmah sangat berlainan, namun kelainan itu sebenarnya saling melengkapi.

Baca juga: “Banyak perkara lain boleh dipelajari dari Korea Selatan, bukan hanya K-Pop sahaja” – Pesan Tun M kepada anak muda

“Semua orang ada cara mereka yang boleh membosankan orang lain atau buat orang rasa tak seronok dengan sikap kita.

“Saya dan Hasmah sikap kami sangat berbeza, dia tak perfect dan saya juga tak perfect, jadi kita terima seadanya, dan bertolak ansur,” katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir pernah berkongsi nasihat ibunya untuk berhenti makan apabila merasakan sesuatu makanan itu sedap.

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Azma ML

Recent Posts

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

1 hour ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

3 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

3 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

6 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

8 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

9 hours ago