BUAT mereka yang menggemari bidang masakan pasti tidak terlepas mengikuti Instagram Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah @airtangan_tunkuazizah.

Di laman itu terdapat banyak koleksi gambar dan video yang dikongsi oleh Tunku Azizah berkaitan dengan dunia masakan.

Baru-baru ini, Tunku Azizah ada berkongsi dengan pengikutnya berkaitan sebuah buku resipi keluarga miliknya.

Tunku Azizah menulis resipi tidak menggunakan komputer kerana ingin meninggalkan sebagai warisan.

“Mengapa saya menulis resipi dan tidak menggunakan komputer kerana saya ingin meninggalkan resipi saya sebagai warisan saya, tulisan tangan seperti yang dilakukan oleh Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah (Tengku Ampuan Selangor). Tulisan tangan beliau sangat indah dan juga hebat dalam bidang masakan! Alfatihah!” tulis Tunku Azizah.

Buku resipi yang bertulisan cantik itu terdapat ratusan senarai resipi seperti kari Pakistan, gulai asam pedas, singgam assam, ayam masak Arab dan banyak lagi.

Namun begitu, dalam banyak-banyak senarai menu yang ada, salah satu menu telah menarik perhatian dan menjadi tarikan warganet.

Kata Tunku Azizah dalam posting yang berlainan, ramai yang bertanya tentang ‘ayam masak Yahudi’.

“Oleh kerana ramai yang menanya ayam masak Yahudi! Sebenarnya rencahnya sama dengan masak Arab, cuma tidak masukkan tomato dan susu cair, digantikan dengan kicap… Jadi kami gelarkan masakan tersebut masak Yahudi… Memang nakal!” tulis Tunku Azizah lagi.

Menjengah ruangan komen para pengikut dan warganet rata-rata memuji tulisan tangan Tunku Azizah yang sangat cantik dan teratur.

Iklan

sitisarahhashim – Hahah kelakar ayam masak Yahudi… Macam-macam tuanku bagi nama.

nora.basir.56 – Memang nakal Tunku nama tu.

haidamron – Cantik tulisannya, kemas je, sekata, sedap mata memandang dan nak membacanya.

hjhfareedahjhazeem – Eloknya tulisan tuanku… Rajin betul Subhanallah.

muraddaughters – Oo ada juga resepi masakan ayam masak Yahudi ya masyaallah amat sedap agak nya ya Tuanku.

Baca juga Pelajar pertama dikebumi di Maqam Para Auliya Mesir, ini amalan Allahyarhamah Nurul Huda ketika hidup

Sumber foto: Instagram airtangan_tunkuazizah

Iklan