Rare! Isteri tunjuk selisih suami di Laut China Selatan buat ramai terpegun

KEHIDUPAN suami isteri yang bahagia penuh dengan seribu cerita. Ada momen manis untuk diingati, tak kurang juga pahit untuk ditelan.

Seperti satu kisah ini, sepasang suami isteri terserempak dengan cara yang sangat rare mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @mamunirah, difahamkan kedua-dua mereka bekerja sebagai juruterbang.

Namun apa yang lebih menarik perhatian, seorang pilot wanita ini apabila dia berkongsi momen berselisih dengan suaminya di atas awan.

Wanita ini membawa kapal terbang dan lalu di Laut China Selatan yang sempat merakam momennya berselisih dengan suami tercinta di udara.

Difahamkan mereka kebetulan terbang pada waktu dan hari yang sama.

“Bukan hari-hari dapat selisih dengan suami di udara. Safe flight hubby,” tulisnya.

Baca juga Tak penuhi ‘hajat’ suami 2 kali sehari kerana penat, pelakon dibelasah hingga berlumuran darah

Kredit foto: TikTok @msmunirah

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya terpegun dengan perkara itu.

Ujar mereka;

“Lain macam dia punya selisih atas awan biru…”

“Wow sis another level dia punya terserempak… selalu orang terserempak dekat jalan raya je hahahaha.”

Iklan

“Waaa… amazing percintaan sis suami isteri”

“Hebat!! bukan kaleng-kaleng selisih atas udara. Orang lain selisih jalan darat, awok? luar biasa!”

Dalam pada itu ada warga maya yang bertanya bagaimana ia dapat dikesan.

Ujar wanita tersebut, mereka berkomunikasi menerusi radio. Mereka berdua juga tahu nombor kapal terbang masing-masing pada hari tersebut.

Iklan

Wah! Best kan, suami isteri terbang membelah laut biru.

Sumber: TikTok @msmunirah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.