GARA-gara hajat tidak dipenuhi, bekas pemenang Puteri Indonesia 1994, Venna Melinda, 50, menjadi mangsa dibelasah suaminya hingga berlumuran darah.

Insiden itu menyebabkan pelakon terkenal itu terpaksa membuat laporan polis gara-gara suaminya, aktor Ferry Irawan,45.

Kumparan.com melaporkan masalah tersebut salah satu sebab pasangan yang baharu berkahwin 10 bulan itu terjebak keganasan rumah tangga.

Venna dalam masa terdekat akan memfailkan permohonan cerai daripada Ferry Irawan. Tuntutan ini susulan ketidakupayaan pelakon berusia 45 tahun itu menahan perlakuan kasar sejak tiga bulan lalu.

Baca juga: ‘Wanita perlu tahu hak, bukan pukul atau dera sahaja, suami keluarkan nama dari syarikat juga keganasan rumah tangga.’ -Peguam

Venna bersama dua anak lelakinya.

Selain perlakuan kasar berupa penderaan, Ferry juga sering meminta layanan setiap hari.

“Insya-ALLAH, sekembalinya ke Jakarta, saya akan uruskan perceraian itu. Saya sudah tidak kuat dengan dia (Ferry),” kata Venna di Mapolsek Jawa Timur.

Selepas kes ini, wanita itu hanya akan lebih fokus kepada anak dan kerjaya. Lebih-lebih lagi, ketika ini beliau sedang bersiap sedia untuk bertanding pada Pemilihan Umum Legislatif 2024 bagi DUN Tulungagung dan Kediri.

“Saya rasa ini sudah memadai. Saya mahu fokus pada kerja dan anak-anak saya,” katanya.

Venna juga menyatakan bahawa dia sangat trauma dengan keganasan yang dilakukan oleh Ferry. Walaupun, sebagai seorang wanita, dia mengakui sentiasa mahu mengekalkan perkahwinan dan menghormati suaminya.

“Saya sentiasa mahu menghormati suami, sebab itu saya bawanya ke daerah pilihan raya saya. Tetapi tidak sangka di Tuluagung dan Kediri saya mengalami keganasan rumah tangga yang teruk. Sekali lagi terima kasih kepada rakan-rakan saya, polis dan peguam,” katanya.

Baca juga: #SiBibirMerah: Suami kacak tidak jamin bahagia, wanita bangkitlah daripada keganasan rumah tangga

Peguam Venna, Hotman Paris memberitahu Tribunnews anak guamnya keluar dari bilik dan menjerit dengan hidung berdarah.

“Pertelingkahan mereka bermula kerana Venna Melinda keletihan. Dan kebiasaannya seorang suami berhak meminta perkara ini, ternyata begitulah keadaannya,” katanya.

Bukan itu sahaja, Hotman mendedahkan setakat ini hanya Venna yang menyara kehidupan rumah tangga mereka.

Melalui sebuah saluran YouTube, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah menceritakan kebiasaan mereka dan mendedahkan suaminya itu akan mengamuk seperti anak kecil sekiranya permintaan tidak dipenuhi.

Baca juga: Ibu, adik kandung diperkosa, lelaki durjana ugut bunuh tak penuhi nafsu

Isteri berhak tidak melayan suami dalam beberapa keadaan

Kehendak naluri bersama ini perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak. Tetapi bagi wanita, hendaklah melayan kehendak suaminya. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolak, dan suami itu pun tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.”

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadis ini dalilharamnya seorang isteri  menolak ajakan suamitanpa keuzuran yang syarak. Haid juga bukanlah keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimtak (berseronok) dengan apa terdapat di atas kain (selain daripada faraj).

Iklan

Walaupun begitu, ada masanya syarak tidak membenarkan suami bersama dengan isterinya yang dikenali sebagai uzur syarie antaranya:

Mantan Mufti Wilayah dan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri pernah berkongsi terdapat beberapa keadaan isteri berhak menolak ajakan suami.

Ada masanya syarak tidak membenarkan suami bersama dengan isteri kerana uzur syarie, antaranya:

1-Haid

2-Nifas

Iklan

3-Sakit sehingga tidak mampu dari segi kudrat badan fizikalnya.

4-Boleh membawa mudarat. Hal ini dengan maksud, jika persetubuhan boleh membawa kemudaratan dan kesakitan bagi perempuan maka harus baginya untuk tidak menyahut ajakan suami.

5-Si isteri sedang melaksanakan kewajiban syarak seperti sedang solat fardu atau puasa fardu.

Baca juga: Isteri sewakan rumah kepada suami? Jawapan ‘deep’ ustazah bantu wanita ‘celik nafkah’

Sumber: Kumparan 1, 2 Tribunnews, Maktabah Al-Bakri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.