'Rehatlah Achik, terima kasih 20 tahun ini.' Catatan abang pelajar KPTM maut kemalangan runtun hati warga maya

A
A
A

'REHATLAH Achik.' Demikian catatan pilu abang pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Batu Pahat yang muat kemalangan meruntun hati warga maya.

Empat pelajar yang terbabit dalam nahas di Kilometer 50 Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi baru-baru ini dalam perjalanan pulang selepas mengikuti perkhemahan sempena cuti Hari Kebangsaan.

Pelajar berkenaan iaitu Iqbal Faiz Mat Shah, 20; Nurul Afrahrina Sazli, 19; dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19; meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Perodua Bezza dinaiki terbabit nahas kira-kira jam 2 petang.

Kredit foto: Sinar Harian

Seorang lagi rakan mereka, Izznur Harith Safwan Nordin, 19, masih dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Abang kepada Iqbal Faiz, Mohd Imran Mat Shah merakamkan kata-kata mengenang pemergian adik tersayang.

Baca juga: Masya-ALLAH! Liang lahad juruterbang nahas Elmina berlapis seindah pelangi, Ustaz Jafri dedah petanda husnul khatimah

Kredit foto: X @merxnism

Melalui X, lelaki berkenaan yang tampil menerusi akaun @merxnism meluahkan kali terakhir bertemu adiknya itu pada sambutan hari raya Aidil Adha yang lalu.

"He’s already gone forever. Ada banyak iktibar yang boleh diambil daripada pemergian adik saya.

"Apabila orang yang kau sayang cakap nak jumpa, pergilah jumpa. Please.

"Kedua, buatlah apa-apa kebaikan walaupun sekecil-kecil perkara pun tapi hanya kau dan Tuhan saja yang tahu. HE will repay you. Al-Fatihah," titip beliau buat pelajar Diploma Pengurusan Sumber Manusia itu.

Lebih memilukan, si abang mengenang detik menguruskan jenazah Iqbal.

Ujarnya, wajah Allahyarham sempurna dan tenang seperti sedang tidur.

Baca juga: Allahuakbar, jasad rider maut nahas pesawat terhempas Elmina ditemukan sempurna, keluarga terima berita sayu usai solat Maghrib

Kredit foto: Facebook Hj Rbo Rahim

"Aku sudah bersihkan kau dan pakaikan kemas-kemas. Aku temankan dan solatkan kau.

"Muka kau sedikit pun tiada luka, sempurna. Kau seperti tengah tidur.

"Aku kejutkan kau Achik, banyak kali sebab kau nampak macam tengah tidur. Tapi kau tetap tak bangun," luahnya sayu.

Tidak hanya itu, Mohd Imran turut menurunkan jenazah si adik hingga ke liang lahad dan membacakan talkin.

"Aku bawa kau sampai terus ke dalam rumah baharu kau.

"Terus harum semerbak wangi apabila masuk ke dalam lahad itu, Allahuakbar.

"Aku membacakan talkin dan doa untuk kau buat kali terakhir. Terus semua orang menangis teresak-esak," kongsinya.

Anak muda itu seorang yang baik hati. Satu persatu si abang menceritakan kebaikan yang dilakukan arwah semasa hayatnya.

"Pemergian ini rupanya mendedahkan kebaikan-kebaikan yang pernah kau lakukan kepada orang lain selama kau hidup.

"Kau bantu beri duit kepada kawan-kawan walaupun sedang tiada duit. Kau bantu kawan-kawan yang sakit, cari ubat naik motosikal biarpun sudah pukul 2.00 pagi.

"Kau buat baik dengan semua staf KPTM Batu Pahat," kongsinya.

Baca juga: 10 perkara penting perlu dibuat segera bila ada ahli keluarga meninggal dunia

Kredit foto: Sinar Harian

Seolah-olah tahu akan pergi buat selama-lamanya, arwah Iqbal juga dikatakan mahu bertemu ramai orang untuk memohon kemaafan.

"Seminggu terakhir, kau nak jumpa sangat dengan semua kawan-kawan, adik-beradik, mak ayah, pensyarah, staf KPTM hanya untuk ucapkan

"Saya ingin minta maaf dan terima kasih, kerana takut selepas ni tak jumpa lagi.

"Rehatlah Achik. Terima kasih untuk 20 tahun ini, al-Fatihah," kongsinya.

Lebih memilukan, menurut Mohd Imran pemergian Iqbal jatuh pada tarikh ulang tahun hari jadi ayah mereka, Mat Shah Hussin.

Kredit foto: Facebook Hj Rbo Rahim, , X @merxnism

"You know what made me even more sad? Adik aku pergi meninggalkan kami sekeluarga pada hari ulang tahun kelahiran ayah.

"Tapi among all of us, dialah yang paling tidak keluar air mata. Sejak dari menerima berita adik meninggal sampailah dikebumikan.

"Pertama nampak ayah menangis waktu aku bacakan talkin, ayah duduk di sebelah," dedahnya.

Jenazah Allahyarham Iqbal Faiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kempadang Perdana kira-kira jam 8.30 pagi, Ahad lalu.

Simpati dengan kehilangan yang dilalui, warga maya menzahirkan sokongan moral buat Mohd Imran dan mendoakan agar beliau sekeluarga dikurniakan kekuatan.

Ujar mereka:

- "Salam takziah. Semoga rohnya bersama para syuhada."

- "Salam Takziah kepada Meran dan famili. Semoga tabah menghadapi saat duka atas kehilangan ini dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Stay strong."

- "Betul, ingatan bersama. Sayang dan hargai adik-beradik kita selagi masih ada, sebelum kita sesal pada kemudian hari. Al-Fatihah buat Allahyarham."

Baca juga: Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah

Sumber: " target="_blank" rel="noopener">X @merxnism

Kredit foto:" target="_blank" rel="noopener"> X @merxnism, Facebook Hj Rbo Rahim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca