Rekod baru terowong SMART, berjaya lencongkan 5 juta meter padu air banjir, 10 info mengenainya
BENCANA banjir yang terjadi di Lembah Klang benar-benar di luar jangkaan semua.
Taburan hujan sebulan turun dalam masa 24 jam iaitu pada 17 dan 18 Disember, hanya berlaku 100 tahun sekali!
Perkara itu didedahkan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.
“Taburan hujan 24 jam di Sentul sebanyak 363 milimeter, di tempat lain seperti di Kilometer 11 daerah Gombak sebanyak 247 milimeter, di Jinjang 258 milimeter dan di Jalan Tun Razak 273 milimeter.
"Berbanding keseluruhan taburan hujan di kawasan kira-kira 2400 milimeter setahun. Tetapi semalam jumlah hujannya dalam masa sehari bersamaan lebih sebulan, ini sesuatu di luar jangkaan, perkara ini berlaku lebih 100 tahun sekali, katanya kepada portal berita tempatan.
Baca juga: Selesai Cuci Rumah Boleh Masuk Kerja, Mangsa Banjir Dapat Cuti Kecemasan, Bantuan RM1,000
Dalam menangani masalah banjir, binaan Terowong SMART berjaya melencongkan lima juta meter padu air banjir.
"Bayangkan kalau ada lagi lima juta meter padu jika tidak dilencongkan, kalau ikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam," katanya mengenai lencongan yang diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu.
Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam, 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari 19 Disember. Lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan.Kesemua air yang dilencongkan dari Sungai Klang, dan Sungai Ampang, ke Kolam Takungan Taman.
Tentu ramai tertanya apakah sebenarnya terowong SMART, berikut 10 info mengenai binaan itu.
1. Terowong SMART adalah singkatan kepada Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Stormwater Management and Road Tunnel).
2. SMART merupakan suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur dan merupakan projek kebangsaan.
3. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007.
4. Terowong berkenaan ialah sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer.
5. Ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.
Baca juga: Hulu Langat Ibarat Dilanda Tsunami, 10 Hilang Di Pahang. Ini Keadaan Terkini Banjir Seluruh Negara
6. Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.
7. Disamping itu, ia bertujuan mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu puncak.
8. SMART mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah untuk laluan air.
9. Terowong itu bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan.
10. Terowong SMART direka bentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum dua meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 kilometer sejam.
Dalam kejadian banjir kilat Sabtu lalu, selain terowong SMART, sejumlah aset seperti rumah pam turut beroperasi pada kadar maksimum yang sekali gus membolehkan banjir besar dielakkan di bandar raya Kuala Lumpur walaupun hujan lebat secara berterusan.
Baca juga: Kereta Tenggelam Banjir, Jangan Hidupkan Enjin. Lakukan 9 Tip Ini
Jom follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Public Health Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang