Remaja cuba curi tabung masjid diperintah jalani khidmat sosial 120 jam, ibu akui khilaf

04
04
A
A
A

BARU-BARU ini tular dalam media sosial mengenai seorang lelaki dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabung masjid.

Remaja berkenaan yang dilapor cuba curi tabung masjid yang dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan hukuman penjara dan denda terhadap Daniel Iskandar.

Berikut fakta lengkap mengenainya;

1. Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan demikian terhadap remaja berusia 19 tahun itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

2. Sebaliknya hukuman itu digantikan dengan melakukan aktiviti khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.

3. Pendakwaan kes tersebut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat manakala remaja itu diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, Fahmi Abdul Moin, Azman Abdullah dan Ilyani Khszairy.

4. Turut hadir peguam Haniff Khatri Abdulla, Muhammad Hariz Yusoff, Nur Fatin Syakinah Kamarudin, Ahmad Khalil Md Rofiee dan Muhammad Mustaqim Ahmad Huzaini bagi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) manakala Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie sebagai peguam pemerhati bagi Masjid Al Islahiah, Kuang, Rawang.

Sementara itu, ibu kepada remaja terbabit mengakui kekhilafan diri dalam mendidik dan membesarkan anak.

Baca juga Suami kerap perlekeh badan isteri terlalu gemuk hingga jadi punca penceraian, ini nasihat pakar

Ujar wanita berusia 41 tahun itu pada portal tempatan, kesalahan jenayah yang dilakukan anak lelakinya itu berpunca daripada dirinya dan bekas suami yang khilaf sekali gus membuatkan dia terabai dan membawa diri.

Bagaimanapun, dia bersyukur dengan hukuman yang diputuskan mahkamah untuk memberikan pendidikan dan kesedaran buat anaknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca