KEJAM! Demi mengejar pengisian video yang kononnya ‘menarik’, remaja ini sanggup menganiayai seekor kucing.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikToknya, remaja lelaki tersebut pada mulanya mengusap kucing itu.

Namun, kemudian dia bertindak melempar kucing berkenaan ke belakang sehingga terjatuh di kawasan paya.

Video itu menjadi perhatian ramai dan mengundang kemarahan warganet khususnya para pencinta haiwan.

Sehinggakan video itu turut diviralkan oleh laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) dan meminta kerjasama warganet yang mengenali remaja itu untuk tampil memberi maklumat agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan undang-undang.

Perbuatan tak berakal itu akhirnya mengundang padah apabila dia dilaporkan telah ditangkap polis.

Perkara itu turut dimaklumkan menerusi FB Info Roadblock JPJ/Polis.

Menurut seorang penduduk kampung, remaja lelaki itu telah ditahan pada 7 Disember lalu di rumahnya.

Difahamkan remaja tersebut tinggal di Kampung Aru Baru, Lawas, Sarawak.

“Penahanannya dimaklumkan oleh penduduk Kampung Aru Baru, kira-kira jam 9.00 pagi tadi (7 Desember).

“Pelaku yang disyaki seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 19 tahun dikatakan sebagai seorang yang normal oleh penduduk kampung.

“Video lempar kucing yang tular baru-baru ini mengundang kemarahan netizen di seluruh negara dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak masuk akal dan permulaan kepada kezaliman haiwan.

“Penahanan remaja lelaki ini memberi kelegaan kepada seluruh warga pencinta haiwan sekali gus memberikan keadilan kepada haiwan yang dianiaya,” katanya.

Baca juga Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya

Iklan

Sementara itu, portal tempatan melaporkan, Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, suspek berusia 19 itu telah ditahan.

“Suspek mengakui ada membuat klip video TikTok bersama seorang kawan di Water Front Sundar pada 4 Disember lalu.

“Suspek mendakwa bertindak demikian kerana terkejut kucing itu meronta untuk lepaskan diri. Untuk mengelak tercedera akibat gigitan atau dicakar, dia terpaksa bertindak demikian. Suspek diberi jaminan polis memandangkan dia seorang pelajar,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Iklan

Difahamkan juga Kampung Baru Aru terletak kira-kira 45 minit perjalanan untuk sampai ke Bandar Lawas dengan menaiki kereta.

Sayangilah haiwan sekeliling kita kerana mereka juga makhluk Tuhan.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis