'Rindu kak ngah', ucapan hari lahir bapa buat Nurin Jazlin undang sebak ramai

'Rindu kak ngah', ucapan hari lahir bapa buat Nurin Jazlin undang sebak ramai
'Rindu kak ngah', ucapan hari lahir bapa buat Nurin Jazlin undang sebak ramai
A
A
A

'Rindu kak ngah', ucapan hari lahir bapa buat Nurin Jazlin undang sebak ramai

BAPA kepada Nurin Jazlin yang dibunuh dengan kejam 16 tahun lalu, Jazimin Abdul Jalil menulis ucapan hari lahir buat anak perempuannya itu menyentuh hati ramai.

Dalam perkongsian di Facebook, Jazimin berkongsi gambar Nurin Jazlin yang ketika dibunuh berusia lapan tahun beserta kapsyen 'Selamat Hari Lahir yang ke-24 buat anak saya, Kak Ngah'.

"Rindu kak ngah. 11 September 1999, sehingga 17 September 2007," tulisnya.

Kapsyen ringkas itu tenyata mengundang sebak ramai yang rata-rata menyatakan simpati mereka atas kematian tragis kanak-kanak yang tidak berdosa itu.

Ujar mereka;

"Anak Syurga yang cantik. Tunggu ibu ayah di sana. Semoga ibu ayah kuat meneruskan liku-liku hidup. Adik Nurin sedang menunggu di sana."

"Moga keluarga Nurin terus tabah dengan sabar menghadapi ujian ALLAH."

Baca juga Disumbat di dalam bagasi sebelum dibawa lari, motif penculikan budak kecil jadi persoalan

culik SUMBER foto: PEXELS

"Semoga pembunuh mendapat hukuman yang setimpal, jika tidak di dunia maka di akhirat."

"Semoga pelaku mendapat kifarah yang setimpal, di dunia terlepas di sana pasti lebih dasyat seksaanya.

"Semoga keadilan sentiasa dapat ditegakkan, dan semoga keluarga yang sabar teraniaya ini sentiasa di dalam rahmat dan kasih ALLAH."

Nurin, yang juga anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman diculik pada 20 Ogos 2007 ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.

Kegagalannya pulang menyebabkan adik-beradik dan ibu bapanya cemas dan tertekan.

Pada pagi 17 September 2007, mayatnya ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya. Siasatan kemudiannya mengesahkan bahawa dia dirogol dan dibunuh.

Baca juga Budak 6 tahun diculik lebih sebulan, ditemui dalam troli sampah. Ini kronologi kes mengejutkan

CULIK

Pada 2018, bapa Nurin menggesa pegawai polis membuka semula kes pembunuhan anaknya itu dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baharu dengan penggunaan teknologi moden tetapi rayuannya tidak pernah dikabulkan.

Identiti penyerang masih bebas dan kes masih belum selesai sehingga hari ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca