SEBELUM ini penceramah dan usahawan, Ustaz Ebit Lew membantu penduduk di Selangor yang terjejas bekalan air dengan membeli dan mengagihkan dua lori besar air.

Ramai penduduk bersyukur dan berterima kasih atas usaha Ustaz Ebit yang membantu ketika mereka memerlukan bekalan air tersebut.

Bukan itu sahaja, pendakwah terkenal itu juga tidak pernah kenal erti lelah membantu golongan miskin dan memerlukan apa sahaja bantuan.

Terbaru, Ustaz Ebit juga tampil membantu frontliners di Sabah. Alhamdulillah!

Kongsinya;

“Doakan yer… Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah.

“Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.

“Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.

“Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo.

“Doakan yer… InsyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah…sayang orang Sabah sangat,” tulisnya.

Artikel berkaitan: Umur baru 29 tahun sudah ada 7 orang anak, tak kesal kahwin awal

Iklan

Risau keadaan di Sabah, Ustaz Ebit hantar barang medikal untuk bantu frontliner

Rata-rata pengikut media sosial Ustaz Ebit membanjiri ruangan komen dengan mendoakan beliau dan memuji tindakan pantasnya menghantar bantuan.

Iklan

Kata mereka;

Kamalizan Jeng – Sekali ustaz bagi bantuan sampai berpuluh ribu belanjanya. Memang sepatutnyalah ustaz je jadi ahli kabinet. Cepat bertindak tanpa protokol. Semoga Allah akan terus murahkan rezeki ustaz. InsyaAllah.

Mohd Suhaimi – Terbaik UEL… tak perlu berjawatan ataupon berparti. Alhamdulliah. Semoga Allah sentiasa menjaga dan merahmati UEL.

Nurhamizah Salim – Lagi banyak memberi lagi banyak nikmat Allah bagi… Semoga lebih banyak insan lahir jiwa seperti Ustaz Ebit…

Hamidah Hashim – Alhamdulillah ustaz… Di saat memerlukan ustaz cepat bertindak… Terbaik UEL… Semoga senantiasa di dalam lindungan Allah demi untuk membantu insan yang memerlukan.

Zubaidah Suhardi – Ustaz you are such amazing human. Really glad to have you in this country. Thank you ustaz.

Chocho Chi – Terima kasih UEL atas bantuan yg besar nilainya bagi orang-orang Sabah semua. Hanya Allah subhanawataalla jer mampu membalasnya. Semoga UEL dilimpahi rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan dilindungi olehNya.

Roseida Tan – Allah memang ciptakan Ustaz Ebit untuk seluruh insan atas muka buminya ini. Semoge segala kebaikan dan kasih sayang ustaz Allah rahmati dan lipat gandakan segala pahala buat ustaz, kedua ibu bapa dan keluarga serta keturunan Ustaz Ebit Lew. Aamiin.

Sumber: Facebook Ebit Lew