PADA zaman sekarang, kahwin di usia muda tidak asing lagi dalam masyarakat kita.

Walhal perkara itu telah dipraktikkan pada zaman tuk nenek moyang kita.

Banyak kebaikan yang akan diperolehi sekiranya menamatkan zaman bujang di usia yang masih muda.

Seperti perkongsian seorang ibu muda ini, Anna Mukhtar, yang tidak pernah merasa kesal dengan tindakannya mendirikan rumah tangga di awal usia.

Anna kini baru berusia 29 tahun, namun Alhamdulillah... telah memiliki tujuh orang cahaya mata, lima perempuan dan dua lelaki.

Umur baru 29 tahun sudah ada 7 orang anak, tak kesal kahwin awal

Iklan

Dia juga akui bahawa semakin bahagia dengan kehidupan kini yang sangat meriah serta turut memasang impian untuk memiliki 10 orang anak jika diizinkan Allah.

Kata ibu muda cantik itu yang juga telah menimang cahaya mata yang ke tujuh baru-baru ini, setiap anak ada rezekinya.

"InsyaAllah, aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Hanya kita perlu percaya dan yakin dengan ketentuanNya. Pedulikan apa orang kata.

"Biasalah, anak kecil memang penat sikitkan. Tapi InsyaAllah senang di hari tua. Yang penting fizikal dan mental kena kuat, jangan pernah mengalah," pesannya.

Anna turut berkongsi umur anak-anaknya; yang sulung berusia 12 tahun, 11, 9, 7, 4, 3 serta yang ketujuh baru memasuki 14 hari.

Iklan

Umur baru 29 tahun sudah ada 7 orang anak, tak kesal kahwin awal

Artikel berkaitan: Usaha anak muda ini luar biasa, mampu jadi jutawan pada umur 16 tahun lagi

Perkongsian itu turut menjadi tarikan warganet yang rata-rata memuji kecantikan dan tetap gojes walaupun sudah ada anak ramai.

Kata mereka;

Sazna Sazna - Alhamdulillah rezeki sis anak ramai, anak ramai pon sis tetap nampak muda dan mantain lagi apa rahsia sis masih bergetah lagi aih.

Hamzatul Syamimi Juhari - Memang sis seorang yang kuat. Saya anak dua dah macam ape.

Noraj Noraj Alhamdulillah... Syukurnya anak ramai... Mesti best. Moga kekal bahagia keakhir hayat.

Suzana Wati - Alhamdulillah rezeki....syoknya...Nanti bila diorg dah besar cam sebaya lak.

Nazirah Zakaria - Syukur Alhamdulillah... Tahniah mama muda yang owhsome.

Nori Othman - Allhamdulillah... Boleh lagi beranak sis selagi mampu. Anak 7 ni kalau semuanya dah besar dah tak nampak ramai pun. Cukupkan jadi 10 sis. Terbaik lahhh!

Huda Eyash - Anak berderet pun tetap gojesss ... Maybe cukup segala suami sis bagi.

Nurul Syuhada Shafian - Saya umur 29 anak baru 4 orang dah stres dah. Tabikla dengan u. Macam mana handle kerenah anak-anak? Tenaga luar biase ni nak urus anak ramai.

Sumber: Anna Mukhtar