USTAZ Ebit Lew menangis lagi. Sebak melihat kehidupan komuniti India di Sungkai, Perak yang serba kekurangan.

Masakan tidak, ada rumah yang dibina di atas tanah orang dengan keadaan cukup menyedihkan. Bayangkanlah situasi daif itu yang didepani keluarga yang memiliki anak masih kecil.

Perkongsian figura popular itu dalam Facebook ternyata menyentuh kalbu warganet kerana bantuannya tidak tertumpu kepada penduduk Islam sahaja.

Bukan sahaja komuniti India disantuni, sami di kuil juga tidak terpinggir dengan bantuan yang dihulurkan sehingga menjentik sanubari.

Ebit Lew dalam tulisannya turut sebak apabila masih ada penduduk yang terpinggir bantuan dek kerana tidak tahu memohon secara atas talian.

“Menangis ke Sungkai, Perak. Baik-baik semua masyarakat India di sini. Sedih sayu sebab rumah mereka ada yang bocor berlubang teruk.

Susah betul rumah mereka. Ramai juga tak pandai online untuk mohon bantuan dan lain-lain.

Ada rumah tiada elektrik dan air. Ada rumah atap semua tiada zink. Dinding semua bocor. Hujan lebat anak kecil semua sejuk. Takut binatang atau apa-apa yang bahaya.

Artikel berkaitan: Kasihnya ibu… duduk rumah jagaan bersama tetap manjakan anak usia 80 tahun

Saya ada nak beri rumah tapi jauh dari tempat kerja mereka nanti. Jadi, memang kena repair sebahagian rumah. Ada yang bukan tanah mereka juga.

Ada yang kemalangan teruk. Biasa duit sebulan sedikit. Waktu PKP teruslah tiada. Bantuan ada yang tak tahu macam mana.

Saya beri belanja. Ada RM300 dan ada RM100 juga. Tengok keadaan mereka tadi. Disamping hantar barang dapur.

Happy mereka. Ada ajak ambil gambar sebab kenal. Ada yang terharu. Sedih rasa. Sempat tengok 4 kuil tadi. Jumpa sami. Beri sedikit sumbangan.

Iklan

Barang dapur dan sedikit duit belanja. Mereka kata kita sebuah keluarga,” kongsi UEL di laman sosial.

Perkongsian video berdurasi 8 minit 18 saat itu menerima 14,000 perkongsian dan 140,000 tanda suka.

Kebanyakan warganet memuji kesungguhan penceramah bebas itu yang sanggup turun ke ceruk kampung untuk menghulurkan bantuan kepada golongan benar-benar memerlukan.

Iklan

Ustaz Liew. You are a great ustaz. Helping other races, non muslim and even a Hindu priest. May Allah reward you with happiness, prosperity, good health and long life. Aamiin – Mary Rajam Kanniah

Mereka semua terkejut. Selama ini mereka mesti ingatkan keperhatinan itu hanya datang sesama bangsa. Ustaz sekali lagi berjaya ingatkan betapa indahnya dunia tuhan yang esa – Praba Kasthuri

Ustaz Ebit Lew….jika semua orang baik hati seperti ustaz…e..dunia akan jadi syurga….syurga memang milikmu ustaz…dunia ni memang memerlukan orang seperti ustaz untuk jadi contoh kepada masyarakat majmuk…..You are the best! – Karamjeet Kaur

Terharu tengok video ni . Betapa bahagianya hidup kita bila membantu orang lain. Semoga ustaz Ebit dimurahkan rezeki dan panjang umur – Edry Amyrul