Rupanya bukan culik bayi, ibu angkat berebut dengan ibu kandung

Rupanya bukan culik bayi, ibu angkat berebut dengan ibu kandung
Rupanya bukan culik bayi, ibu angkat berebut dengan ibu kandung
A
A
A

SEMALAM, tular di media sosial sebuah video yang dikatakan berlakunya penculikan seorang bayi.

Video berdurasi 42 saat yang memaparkan bayi tersebut telah dibawa lari oleh seorang lelaki bersama-sama seorang wanita dengan menaiki sebuah motosikal.

Individu terbabit dilihat hanya menggendong bayi itu dengan sebelah tangan dan terus menuju ke tempat parkir motosikal sebelum seorang perempuan berbaju merah membonceng motosikal terbabit dan mereka bergerak keluar dari kawasan tersebut.

Namun, polis mengesahkan penularan satu klip video kononnya dikaitkan dengan kes penculikan bayi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah, Melaka, itu adalah berpunca daripada masalah keluarga.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, berkata kes terbabit bukan diklasifikasikan sebagai penculikan, sebaliknya perebutan anak antara ibu kandung dengan ibu angkat.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Baca juga: Beli beras guna duit syiling, tapi tak cukup pula, nasib ada yang prihatin bantu

Kejadian dipercayai berlaku pada 3 petang semalam apabila bayi perempuan berusia lima bulan itu dilarikan ibu kandungnya berusia 17 tahun.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu angkat bayi berkenaan datang ke UTC untuk menguruskan kad pengenalan Mykid bayi berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lelaki secara tiba-tiba datang dan merampas bayi berkenaan daripada ibu angkatnya yang sedang hamil sebelum menuju ke tempat letak motosikal.

Ibu kandung bayi berkenaan yang sedang menunggu di motosikal kemudian membonceng motosikal ditunggang lelaki berkenaan bersama anaknya itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan salah faham antara keluarga angkat dan ibu kandung bayi berkenaan dan kedua-dua mereka dikatakan saling mengenali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca