SAKIT atau pentingkan diri sendiri! Wanita tidak hormat orang sekeliling dalam pengangkutan awam cetus amarah ramai.

Kemudahan dalam pengangkutan awam sepatutnya mengutamakan golongan memerlukan antaranya seperti warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak.

Namun situasi itu kini dilihat bertukar apabila wujud masyarakat yang semakin ‘tenat’ apabila terlalu mementingkan diri sendiri sehingga golongan memerlukan tidak berupaya menikmati kemudahan berkenaan.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok memaparkan seorang wanita dilihat sedang berbaring di atas kerusi di dalam Transit Aliran Massa (MRT).

Menerusi perkongsian @naeldaily, wanita berbaju hitam dilihat seperti rasa tidak bersalah selamba berbaring di dalam gerabak sedangkan di dalam MRT tersebut masih ada yang perlu berdiri.

Tindakannya itu dilihat tidak sopan memandangkan dia menaiki pengangkutan awam yang turut dinaiki pengguna yang lain.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya marah dan mengecam tindakan wanita itu.

Tidak sepatutnya dia berbaring di atas kerusi yang boleh diduduki beberapa orang penumpang.

Pun begitu, malah ada juga kalangan warga maya berfikiran positif dengan mengatakan mungkin dia tidak sihat.

Ujar mereka;

“Ni perkara biasa… banyak kali aku dah nampak. Kalau naik KTM lagi sedap baring, kaki terjuntai tidur kat rumah.”

“Wow.. melampau sampai baring… hmmm.”

“Kalau orang bujang pun rasa annoyed nak naik public transport, yang parent ni apetah lagi.”

“Boleh pulak dia cop dua dua kerusi…bayar untuk sorang je… haihhh.”

“Baru balik naik MRT tadi bawak anak pergi OU. Masa pergi ok mungkin pergi tapi balik tahlah nampak kita pegang baby ngan stroller masing-masing pon buat tak tahu je.”

Baca juga Tambang MRT, LRT, BRT, Monorel, bas RapidKL percuma sebulan, ini 11 info lengkap

MRT dalam

Aduhai, sementara itu ini sembilan etika ketika menaiki pengangkutan awam yang boleh dipraktikkan bersama;

1. Hormati harta benda awam. Jangan buat vandalism dan jangan gantung buaian dalam tren tu.

2. Jangan berebut-rebut untuk turun atau naik tren atau bas. Bagi laluan, beri penumpang lain keluar baru kita masuk.

Iklan

3. Sebaiknya berbaris dalam satu barisan lurus untuk menaiki pengangkutan awam.

4. Jangan duduk di kerusi khas yang disediakan untuk ibu mengandung, wanita hamil, ibu yang membawa anak kecil serta OKU.

5. Jangan tinggalkan sampah anda sesuka hati. Simpan dalam poket atau beg anda dulu, dah jumpa tong sampah baru buang.

6. Hormati hak pengguna lain. Dah dapat tempat duduk, jangan letak beg anda di kerusi sebelah. Beri ruang untuk orang lain duduk.

Baca juga Makcik sampai berzikir ‘entiti’ main buka tutup laci kabinet, ingatkan gangguan jin rupanya…

7. Dah masuk tren, janganlah tercegat depan pintu masuk tu lebih-lebih lagi waktu ‘peak hours’. Apa kata bergerak masuk ke bahagian dalam untuk beri ruang penumpang lain keluar dan masuk dengan lebih mudah.

Iklan

8. ‘Silent’kan telefon anda.

9. Perlahankan suara anda. Janganlah seronok sangat bercerita, sampai semua orang dengar. ‘Seriously’ ramai tak nak tahu cerita korang tu pun.

Semoga bermanfaat!

@naeldaily Reply to @buqziz Annoying things on public transport #mrtputrajayaline #escalators #elevator #strollers #babytravel ♬ DJ Rony Remix – Rony

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.