BARU-baru ini tular rakaman yang memaparkan penghuni sebuah rumah tumpangan diganggu oleh ‘entiti’ yang bermain laci kabinet di dapur.

Video gangguan berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, TikTok, @Sazrulmalaya, telah mendapat sebanyak 772.8 ribu tontonan dengan 27.9 ribu tanda suka.

Pada awalnya rakaman terbabit, memperlihatkan tiga laci kabinet dapur terbuka dan secara tiba-tiba laci di bahagian tengah tertutup dengan sendiri seolah-olah ada seseorang yang menolaknya.

@sazrulmalaya seram….dia main Laci pulak..alahaiii🥶🥶#pov #seram ♬ original sound – sazrulmalaya

Rentetan itu, salah seorang penghuni rumah berkenaan, bertindak untuk memasang lampu dapur, namun gangguan itu tidak terhenti di situ dan menutup semula baki laci yang terbuka dengan begitu kuat.

Dalam video tersebut, kedengaran suara wanita yang berkata gangguan ‘entiti’ itu semakin mengganas sehinggakan dia berzikir.

Namun, di sebalik ketakutan itu sebenarnya bukanlah datangnya daripada makhluk halus tetapi susuk tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang menyakat keluarganya.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan bersembunyi di dalam kabinet dapur kerana adanya ruangan kosong yang boleh memuatkan tubuh kanak-kanak itu.

Menerusi sambungan video kedua yang dimuat naik di laman sosial sama, memaparkan kanak-kanak itu kelihatan sungguh gembira menyakat keluarganya.

Baca juga: [VIDEO]Seram! Wanita kongsi anak bersama jelmaan misteri di ‘funfair’

Dalam pada itu, dia juga menunjukkan cara dia membuka dan menutup laci berkenaan dari dalam kabinet dapur itu.

Rata-rata warganet turut berasa lucu dengan ‘prank’ yang dilakukan oleh kanak-kanak berkenaan.

“Sampai keluar tasbih berlagu makcik tu… last-last kena prank.”

Iklan

“Bukan korang je kena prank dengan kami pun kena prank.”

“Anak siapa tu bang? Tak tido ke dia malam-malam yang dok menyakat orang tu.”

“Cerita dia, macam mana budak tu boleh tahan duduk dalam kabinet tu berjam-jam.”

“Masya-ALLAH… Bertuah betul! Orang siap zikir lagi ketakutan tengok laci tutup buka.”

Begitulah usikan misteri terbongkar, tidak semua gangguan itu datangnya daripada makhluk halus, boleh juga datangnya daripada kanak-kanak comel berkaca mata.

Iklan

Baca juga: [VIDEO]”Cuba abang baca surah al – Jinn, nanti boleh nampak”, pemuda ‘diganggu’ makhluk halus buat ramai seram

Baca juga: Ambil gambar berdua, hasilnya ‘bertiga’, pemuda kongsi pengalaman seram pantai di Pahang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan