‘Saya dan Aziz berpisah secara baik’, terlerai ikatan 13 tahun Aziz M Osman & isteri

PERKAHWINAN pengarah, Aziz M Osman dan isteri yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai.

Memetik laporan Berita Harian, pendedahan itu dibuat Puteri Lily Lokman menerusi Instagram Stories (IGs).

Puteri Lily berkata, dia perlu membuat pendedahan bagi mengelak timbulnya fitnah.

“Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanya status hubungan saya dan Aziz.

“Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah,” coretnya.

Ujarnya, dia dan Aziz berpisah secara baik, awal bulan lalu.

“Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga.

“Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak,” katanya.

Baca juga Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

 

Tambah Lily, anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Aziz iaitu Puteri Nur Azzahra, 11, menerima keputusan perpisahan dengan tenang.

Iklan

“Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental. Doakan urusan kami dipermudahkan. I’m trying my best,” luahnya.

Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5.

Ini adalah perkahwinan yang ketiga buat Aziz. Sebelum ini, pengarah filem XX Ray itu mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon, Nor Aliah Lee dan memiliki enam cahaya mata.

Selepas berpisah dengan Nor Aliah, Aziz berkahwin dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008, namun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan.

Iklan

Baca juga ‘Alergi ni bahaya’, mata bengkak & sesak nafas Ayda Jebat kongsi Nabil salah makan ubat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!