'Saya hilang kawan baik...', NurulHidayah kongsi peribadi peserta wanita Ironman Langkawi meninggal dunia

A
A
A

'Saya hilang kawan baik...', NurulHidayah kongsi peribadi peserta wanita Ironman Langkawi meninggal dunia

"SAYA kehilangan seorang kawan baik yang tidak pernah gagal mengucapkan Selamat Hari Jadi setiap tahun, dan ulang tahun kelahiran saya hanya dalam dua minggu lagi!"

Itu berita sedih dikongsi Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang juga anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi Facebook beliau mengenai seorang rakan karibnya yang telah pergi mengadap ilahi.

Al-Fatihah! Rakan beliau yang juga peserta wanita kejohanan triathlon Ironman Langkawi Malaysia, Muhaini Mahmud, 44, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi, petang semalam.

Nurulhidayah mengakhiri catatannya itu dengan kalimah al-Fatihah berserta gambar Allahyarhamah.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. See you when I see you Mui. Kan kita berjanji untuk makan-makan bagi meraikan 45 tahun pencapaian kita.

"ALLAH lebih sayangkan awak Mui. Semoga awak rehat dengan tenang di taman-taman syurga, kesayangan kami Mui," tulisnya.

Baca juga Myrus Resort Langkawi buatkan si cilik teruja, kamar iglu, gelongsor gergasi bikin mereka seronok

Kredit foto: Lembaga Kemajuan Langkawi

Sementara itu Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, ketika dihubungi mengesahkan Allahyarhamah meninggal dunia di HSM pada petang tadi.

Arwah merupakan anak kepada pakar perubatan, Datuk Dr Mahmud Mohd Nor dan Tan Sri Dr Sharifah Hapsah disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa.

Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas Zuhur hari ini.

Dalam pada itu, dilaporkan seorang lagi peserta Ironman Langkawi iaitu Muhammad Rabani Hashim juga tidak sedarkan diri selepas lemas semasa menyertai kejohanan ini.

Baca juga Inspirasi! Leftenan Dr Ruth srikandi ATM bergelar IRONMAN termuda, ungguli sukan lasak triathlon

Berita tersebut dikongsikan oleh Facebook Bahagian Insfrastruktur Dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu.

"Mohon doa dan sokongan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu ditujukan khas kepada seorang kakitangan Majlis Sukan Negeri Terengganu, Unit Pembangunan Bakat iaituMuhammad Rabani Hashim yang kini masih lagi tidak sedarkan diri dan telah ditempatkan di Hospital Langkawi. Muhammad Rabani merupakan wakil Terengganu menyertai Ironman Malaysia Langkawi 2023 yang berlangsung 7 Oktober lalu di Pulau Langkawi, Kedah," tulisnya.

INFO

1. Kejohanan IRONMAN 70.3 Asia Pasifik Langkawi 2023, kali pertama acara berprestij ini berlangsung di Malaysia!

2. Kejohanan triathlon Ironman Langkawi Malaysia adalah pengembaraan Pulau Tropika

yang terletak dalam gugusan pulau tropika, menarik pelawat di seluruh dunia, perlumbaan ini akan membawa atlet pada perjalanan budaya Malaysia yang benar-benar melalui kawasan tropika, berbukit dan mencabar melalui kampung tradisional (kampung), gugusan bakau dan pemandangan hutan hujan. Atlet akan tamat di pantai Cenang yang menakjubkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca