Inspirasi! Leftenan Dr Ruth srikandi ATM bergelar IRONMAN termuda, ungguli sukan lasak triathlon

A
A
A

INSPIRASI wanita muda, pencapaian mengagumkan  Leftenan Dr Ruth Ting menjadi tumpuan. Warga maya rata-rata teruja kehebatan beliau mengimbangi akademik dan sukan sehingga bergelar Pegawai Kadet Wanita Terbaik (Jasmani) Siri 5/2021 pada tahun 2021.

Leftenan Dr Ruth Ting, 26, Pegawai Muda dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) merupakan pegawai wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pertama berjaya bergelar Ironman.

Kejayaan membanggakan itu dikongsikan laman sosial Facebook ATM.

Baca juga: 'Powernya!' Hamil 28 minggu, wanita ungguli sukan lasak berhalangan raih perhatian warganet

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Kesihatan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), wanita itu kini bertugas sebagai pegawai perubatan di  Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Gelaran Ironman diraihnya pada tahun 2016 sewaktu beliau seorang Pegawai Kadet yang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Baca juga: Sarah Hildebrand sertai Tentera Udara AS. ‘Anything is possible’

Lebih membanggakan, Dr Ruth sehingga kini masih berjaya mengekalkan rekod sebagai atlet wanita termuda di Malaysia yang berjaya menamatkan pertandingan IRONMAN ketika berusia 20 tahun lima bulan.

IRONMAN merupakan triathlon yang melibatkan tiga disiplin dan perlu ditamatkan kurang dari 17 jam iaitu berenang sejauh 3.8 km, berbasikal sejauh 180 km dan berlari jarak marathon pada jarak 42 km.

Selain digelar ‘Iron Lady’, Dr Ruth juga aktif dengan aktiviti sukan lasak yang lain dan meraih kedudukan yang baik pada setiap kejohanan.

Baca juga: Tahniah Janushaa! Ini 7 info pegawai wanita TLDM pertama negara tamat pengajian di USNA

 

Disamping aktif dalam sukan lasak, beliau turut mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam bidang pengajian termasuk menerima anugerah Pegawai Kadet Wanita Terbaik (Jasmani) Siri 5/2021, Akademi Tentera Darat pada tahun 2021.

Tidak hanya itu, Dr Ruth juga merupakan Pegawai Kadet Wanita Terbaik (Individu) bagi Anugerah Kualiti Komandan Akademi Latihan Ketenteraan tahun 2020 dan Pegawai Kadet Wanita Terbaik (Keseluruhan) UPNM pada tahun 2017.

“Pencapaian Leftenan Dr Ruth Ting adalah wajar dijadikan inspirasi kepada warga ATM dalam aspek kesejahteraan mental, fizikal, cergas dan sihat,” titip Laksamana Muda Datuk Ir Ts Mohd Shaiful Adli Chung dalam hantaran di laman sosial ATM.

Hebat kejayaan ditempa Dr Ruth, bukan sahaja cergas dalam aktiviti fizikal, tetapi cemerlang secara keseluruhan.

Semoga pencapaiannya menjadi penguat semangat dan inspirasi wanita muda lain yang ingin menceburkan diri dalam bidang ketenteraan.

Baca juga: Anak jati Muar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA, 6 fakta menarik Florence Tan

Sumber: Facebook Angkatan Tentera Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca