"Saya tak kuat dah!"- Lelaki hilang ibu, abang kini kakak pula koma
KEHILANGAN orang tersayang adalah amat memeritkan.
Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan beberapa kematian melibatkan ahli keluarga tercinta dalam sekelip mata.
Seperti yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila kehilangan ibu yang dikasihi serta disusuli pemergian abang kandungnya hanya selang beberapa hari.
Ya ALLAH, berat sungguh dugaan insan dikenali Ayien ini.
Menerusi video yang dikongsi di Twitter, kelihatan dirinya begitu lemah di tanah perkuburan sambil ditenangkan seseorang.
Ayien diuji kehilangan ibu yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 tahap 5 pada 29 Julai lalu.
Tambah lagi duka apabila dirinya terpaksa berhadapan kematian abangnya tiga hari kemudian juga akibat Covid-19 tahap 5.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Lagi memeritkan, kakaknya pula kini sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal.
Maklum Ayien, seluruh ahli keluarganya di kampung dekat Kampung Dusun Muda, Tapah positif Covid-19. Cuma ibu dan abang yang tidak dapat diselamatkan.
Manakala, kakaknya sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal manakala ayahnya sudah pun sembuh.
"Hari ini (kelmarin) mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal."Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya tak kuat dah," pintanya.
Dalam pada itu, Ayien tidak menyangka video yang dikongsikan itu menjadi tular di media sosial.
"ALLAH, tak sangka. Ramai yang mendoakan. Semoga ada keajaiban untuk kakak saya. Semoga ada doa-doa yang termakbul mendoakan kesembuhan kakak. Terima kasih banyak-banyak," ujarnya.
Baca juga Azizulhasni cukur semua bulu roma sebelum berlumba? Ini sebabnya
Menjengah di media sosial, rata-rata warganet menghujani doa dan kata-kata semangat buat dirinya menempuh kehidupan.
Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abg pulak meninggal semalam 1 Ogos juga disebabkan covid stage 5. Harini mendapat perkhabaran kakak sy yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya xkuat dah? pic.twitter.com/GUbnAnyJ2M
— Ayien©️ (@yein654) ?ref_src=twsrc%5Etfw">August 2, 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang