PILU hati seorang isteri mengenangkan nasib suaminya terlibat dalam insiden bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit, Kuching, Sarawak.

Tiada siapa menduga perjalanan dari Kapit ke Nanga Tulie bagi mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram dengan 1050rds bahan peledak untuk kegunaan kerja-kerja meletupkan batu bagi projek pembinaan jalan di kawasan Baleh pada 7 Mac lalu adalah khidmat terakhir buat anggota polis, Konstabel Iskandar Ibrahim.

Beliau bersama anggota polis berpangkat sarjan, Jonathan Lambert, 51, dan orang awam, Jack Balan, 45,dan orang orang awam yang turut berada dalam bot sama iaitu Amerson John Nain, 47, dan Jack Balan, 45. Manakala seorang lagi orang awam, Moses Ngui, 47, berjaya diselamatkan orang ramai semasa kejadian.

Menunggu ‘kepulangan’ suami tercinta Isterinya, Anis Nur Ezzati menerusi laman sosial Facebook berkongsi titipan duka.

Setiap hari beliau tidak jemu memuat naik hantaran di laman sosial menitipkan doa dan harapan agar suaminya ditemukan. Catatan wanita itu muncul tular hingga meraih hingga 2,000 reaksi daripada warga maya.

Baca juga: Gugurnya wira negara, Lans Koperal Mohamad Azrin lemas ketika latihan, berikut kronologi kejadian

Baca juga: ‘Terima kasih akak polis.’ Warganet sebak Lans Koperal Siti Sarah mandikan anak tahanan autisme, sayu terbayang zuriat sendiri

9 Mac 2024 (1.21 pagi)

“Harapan saya masih sama macam hari pertama, semoga awak kuat untuk saya dan orang sekeliling.

“Sayang reda walau apa pun keadaan awak. YA ALLAH pertemukanlah aku dengan suamiku, permudahkanlah urusannya, angkatlah segala kesakitannya. Minta jasa baik (warga maya) jangan berhenti berdoa untuk Iskandar Zulkarnain,” kongsinya.

9 Mac 2024 (12.30 tengah hari)

“Mohon semua jangan berhenti doakan syurga saya ini.

“Awal ALLAH angkat darjat awak Iskandar Zulkarnain. Beribu orang doakan awak, sampaikan ke Tanah Suci dan buat solat hajat. Mungkin ini balasan dunia ALLAH kepada awak.

“Cuaca pun baik hari ini, insya-ALLAH kita boleh jumpa hari ini, sebelum malam insya-ALLAH kita jumpa ya,” titip Anis Nur Ezati.

Baca juga: Perginya Wira Merah terperangkap arus banjir, tinggalkan balu, 4 anak

Baca juga: “Bintangku tinggi di atas…”Status terakhir FB Kapten Affendi Bustamy jadi perhatian, terima anugerah seminggu sebelum terkorban

9 Mac 2024 (11.44 malam)

“Syurgaku Iskandar Zulkarnain. Selalu kalau awak pergi kerja sekejap sahaja kan, tapi kali ini lama awak tinggal saya. Rindu untuk mendengar suaramu.

“Pergimu demi tugas, kerjamu demi untuk memberi isteri sesuap nasi. Jika tiada rezeki kita bertemu lagi, semoga di syurga ALLAH kamu ditempatkan

“Esok hari keempat, semoga ada sinar yang cerah untuk saya ‘berjumpa’ dengan awak esok. Bertahan sedikit sahaja lagi,” tulisnya.

10 Mac 2024 (6.30 petang)

“Tiada rezeki lagi untuk ‘berjumpa’ awak hari ini, Tetapi tak mengapa, saya akan tunggu awak okay.

“Teruskan doakan untuk syurga saya ya semua . Terima kasih buat anda yang tidak berhenti berdoa, hanya ALLAH yang dapat membalas,” kongsinya.

Selebriti, Didie Alias yang memaklumkan Konstabel Iskandar sebagai bekas kakitangannya turut menzahirkan kesedihan.

“Ya ALLAH Ya Tuhan, mummy dapat berita sedih bekas crew event mummy yang sudah dianggap macam anak sendiri, Konstabel Iskandar Ibrahim berada di atas bot yang dilaporkan karam di Batang Baleh, Kapit ketika bertugas.

Iklan

Baca juga: ‘Terbaik abang polis!” Polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh

“Mummy mohon semua doakan semoga ade berita baik buat Iskandar, ALLAH permudahkan pencarian.

“Jika ALLAH sayangkan Iskandar, kami reda. Mummy tahu Iskandar anak yang baik,” kongsinya.

Terdahulu, dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit, ditemukan lemas pada Sabtu lalu.

Jurucakap Pusat Gerakam Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat pertama, Jack Balan ditemui terapung oleh anggota polis di perairan berdekatan Pulau Kerto, Sibu kira-kira 100 kilometer dari lokasi.

Mayat kedua pula, Sarjan Jonathan Lambet kemudiannya ditemui terapung oleh anggota bomba pada pukul 4.02 petang kira-kira lima kilometer dari lokasi bot karam di Sungai Batang Baleh pada hari sama.

Seorang lagi mayat mangsa, Amerson John Nain ditemui terapung di Sungai Batang Lebaan, Sibu pada Ahad.

Dalam kejadian itu, bot tersebut dinaiki lima individu karam di Sungai Batang Baleh berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan Lepong Baleh.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Konstabel Iskandar dilaporkan kini masih dilakukan oleh pasukan penyelamat.

Iklan

Warga maya yang memberikan kata-kata semangat buat Anis Nur Ezati mendoakan agar Konstabel Iskandar Ibrahim ditemui segera. Ujar mereka:

– “Mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan, teruskn berdoa dalam bulan yang penuh keberkatan.”

– “Kuatkan semangat dik. Insya-ALLAH, semua akan dipermudahkan. Semoga adik dapat berjumpa dengan suami.”

– “Moga ALLAH permudahkan segala urusan awak dn suami dan membuka hijab team penyelamat.”

– “Banyakkan berdoa semoga ada sinar dan keajaiban daripada ALLAH Semoga diberikan kekuatan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dlm menempuhi ujian ni.”

Sumber: Facebook Anis Nur Ezati, TikTok .nasrson

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!