SUASANA sedih dan pilu menyelebungi perjalanan terakhir tujuh sekeluarga mangsa tragedi kepala air.

Van yang membawa kesemua jenazah dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 6.25 petang tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 pada 9.55 malam diiringi Unit Kereta Peronda Polis Kemaman hingga tiba ke tanah perkuburan.

Jenazah kemudian disembahyangkan oleh lebih 150 anggota keluarga dan kenalan.

Baca juga: Tragedi kepala air menggerunkan, paras naik lebih 5 meter sekelip mata, 2 maut, 7 sekeluarga dikhuatiri lemas dibawa arus

Jenazah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selesai disemadikan pada jam 11.52 malam di Tanah Perkuburan Islam Felda Lebar Hilir 3, Kuantan.

Situasi memilukan apabila kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan yang hadir kelihatan sebak sewaktu diberikan peluang terakhir untuk menatap wajah jenazah sebelum dikebumikan.

Baca juga: Waspada kepala air di jeram, sungai berlaku sekelip mata, jangan leka beraktivti, 20 panduan elak jadi mangsa

Sehingga artikel ini ditulis, mayat kelapan mangsa tragedi, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, ditemukan pada 3 petang.

Dua lagi mangsa, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan tunang Putri Balqis Izzati, Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor masih hilang.

Dalam pada itu, adik arwah Azizah, Syawal Eiyi meminta orang ramai memadam gambar mangsa.

“Saya mohon kepada sesiapa yang menyimpan gambar atau video arwah yang lemas atau tersangkut pada pokok tolong delete.

“Tolong kasihankan arwah, saya merayu,” kongsi Syawal.

Karim dan Azizah sekeluarga bersama tujuh anak dan bakal menantu, Muhammad Fikri telah ke Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu untuk berkelah.

Iklan

Aktiviti liburan itu bertukar duka apabila fenomena kepala air meragut nyawa tujuh beranak manakala dua lagi masih hilang.

Menurut polis yang meninjau keadaan lokasi kejadian, paras air dipercayai meningkat sebanyak lima hingga 10 meter sekali gus menyebabkan mangsa tidak sempat untuk melarikan diri ketika sedang mandi di sana.

Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak terperangkap kepala air muncul tiba-tiba, bomba kongsi video menyelamat

Mayat Azizah yang pertama ditemukan terapung berhampiran kubur Kampung Laut kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian.

Iklan

Manakala mayat Muhammad Zulqarnain pula dijumpai tersangkut pada dahan tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih, iaitu kira-kira 2 km dari tempat kejadian.

Kenderaan iaitu Proton Gen2 dan motosikal jenis motosikal jenis SYM ditemui lebih kurang dua kilometer daripada mayat kedua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!