Sebaknya lihat erat kasih sayang, hari kepulangan datuk kejar hingga simpang, cucu menangis enggan berpisah

A
A
A

LIMPAHAN kasih sayang daripada datuk dan nenek buat cucu berbeza, malah layanannya lebih istimewa.

Sudah menjadi lumrah di dalam masyarakat kita, insan bergelar datuk atau nenek menyayangi cucu. Malah adakalanya melebihi anak sendiri.

Seperti yang dipaparkan di dalam video yang tular di mana kanak-kanak lelaki yang bernama Awin menzahirkan kasih sayang mendalam kepada datuknya.

Difahamkan kanak-kanak itu dan keluarganya pulang ke kampung bercuti dengan datuknya di Kuala Pilah selama sebulan lebih.

Sementelah, mereka berdua memendam rindu kerana tidak bertemu selama dua tahun susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyekat aktiviti merentas negeri.

Baca juga: Pemuda Pecah Tabung Duit Kahwin, Setahun Berjaya Kumpul RM19,000 - “Jangan Malu Naik Motor”

Menjelang hari kepulangan, kanak-kanak itu menangis hiba kerana perlu berpisah dengan datuknya yang tersayang.

Linangan air mata dan dan perasaan hiba dilihat pada wajah kanak-kanak itu yang melambai datuknya.

Paling menyedihkan apabila datuknya juga dilihat mengekori kenderaan anak cucu selepas meninggalkan rumah.

“Hari ini balik Sarawak selepas sebulan lebih tinggal dengan Atuk di Kuala Pilah setelah dua tahun tidak balik kerana PKP.

“Atok kejar Awin sampai ke simpang jalan,” titip pemilik akaun TikTok, @emothuzaimah.

Warga maya turut tersentuh menyaksikan paparan video berkenaan.

- “Kasih sayang Atuk memang tiada tandingan.”

- “Setiap kali hendak balik bapa saya tidak akan ada di rumah. Awal-awal dia larikan diri pergi kebun. Apabila ditanya, dia kata sedih nak lambai anak cucu balik.”

- “Dia punya rindu tu tak boleh diungkap. Dengan air mata pun tidak akan hilang.”

- “Tidak dapat tahan, menangis pilu, sayu hati tengok Atuk kejar dengan motor tu…”

- “Bapa saya bila kami hendak balik Sarawak dan nak bertolak ke lapangan terbang, mesti dia buat sibuk. Sibuk baiki motosikal, nak pergi kebun. Walhal sedih sangat tengok kami balik.”

@emothuzaimah InsyaAllah ada rezeki kami balik Pilah lagi.. #kualapilah#kampungkepis#baliksarawak#fyp♬ original sound - Rosalinda Nelly - maimunah?

Baca juga: Ibu bapa kita bukan harapkan layanan VIP, cukup sekadar kasih sayang dan perhatian. Ini tip penting ketika menjaga mereka

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @emothuzaimah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca