DUNIA perniagaan tidak seindah yang disangka. Banyak perkara yang perlu dihadapi dan harungi demi meraih kejayaan yang diimpikan.

Melalui pelbagai detik sukar dalam sesebuah perusahaan itu biasa.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita apabila 20 biji kek jualannya rosak akibat terkandas dalam kesesakan jalan raya hampir empat jam.

Menerusi perkongsian beberapa foto pengguna Facebook Afif Fahimi, seorang peniaga kek dipercayai adiknya reda menerima dugaan apabila semua kek jualannya rosak.

Difahamkan, jualan tersebut yang dibuat untuk konvokesyen di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah cair semuanya dan tidak dapat dijual.

“Dugaan adik perempuan saya hari ini, terkandas empat jam kerana trafik sesak di Jambatan Pulau Pinang. 20 biji kek jualan untuk konvokesyen USM habis rosak.

“Tetapi dia kental walaupun nampak je mata dia merah nangis dalam kereta tadi. Air mata tu bukan putus asa, tapi itu lah air mata kekuatan cabaran berniaga,” coretnya.

Katanya juga, sebagai abang, kejadian itu amat menyentuh hatinya apabila melihat hasil seni dan kerja keras ahli keluarganya itu tidak menjadi seperti yang direncanakan.

“Kesian juga apabila lihat usaha adik perempuan saya macam itu, tetapi saya percaya bahawa setiap kejayaan yang diraih dalam perniagaan bukanlah satu perkara mudah,” ujarnya.

Baca juga Cari jodoh di Twitter, isi Google Form, gadis enggan perkara diperbesarkan

Sedihnya, 20 kek jualan wanita ini rosak hadap 4 jam jalan sesak, ramai titip doa buatnya

Melihat kejadian sedih tersebut, rata-rata warga maya dilihat prihatin menitipkan mendoakan agar urusan wanita berkenaan dipermudahkan dan bertambah maju pada masa hadapan.

Iklan

Ujar mereka;

“Semoga rezeki tidak putus. ALLAH datangkan kita kilat dan ribut, Dia juga berikan pelangi. Semoga dipermudahkanNya!”

“Allah kesiannya dugaan dah la barang mahai sekarang ni, semoga tabah dan kuat semangat serta dimurahkan rezeki sis.”

“Allahu…ALLAH nak bagi rezeki yang lagi banyak tu dik. Sabar ye.”

Iklan

“Di sebalik ujian ALLAH, terselit hikmahNya. Moga dimurahkan rezeki dan selamat maju jaya.”

“Kesihannya, sudah takdir ALLAH tentukan, jangan putus asa, bertabahlah, Insya-ALLAH kejayaan akan tercipta setelah pelbagai dugaan.”

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI