Sedihnya! Anak bulus wanita ini alami rahang patah, buta lepas 14 hari hantar ‘boarding’

MEMILIKI haiwan peliharaan kesayangan merupakan satu pengalaman yang mampu memberikan kita keseronokan yang luar biasa.

Malahan, perasaan tersebut tak ubah seperti seperti menjadi ibu bapa biarpun kasih sayang dan tanggungjawab itu hanya buat seekor haiwan.

Apabila memilikinya sekali gus kebajikan haiwan-haiwan tersebut perlu dijaga termasuklah makan, kesihatan dan juga kebersihan.

Baca juga Kucing penjaga kubur, bawa pulang ke rumah, tetap suka tidur di tepi batu nisan

Namun lain kisahnya dengan seorang wanita ini apabila dia terpaksa menghantar haiwan peliharaannya iaitu kucing ke pusat boarding (penjaga haiwan) kerana dia berangkat menunaikan umrah di Kota Suci Makkah.

Apa yang menyedihkan ramai, dia berkongsi kisah anak bulusnya yang bernama Puma itu jatuh sakit dan menghidapi cacat kekal selepas dihantar ke salah sebuah pusat boarding.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurfarah9959, Puma kelihatan mula memarahi staf di situ sedangkan Puma dikatakan tidak pernah mencakar orang lain.

Selepas 14 hari, akhirnya Puma diambil oleh pemilinya akan tetapi keadaannya dilihat semakin teruk.

Difahamkan, Puma diambil dalam keadaan struktur muka dan hidung Puma senget teruk. Lidah terkeluar serta air liur bersama lendirnya keluar dan semakin hari semakin banyak ia keluar.

Apabila dibawa ke veterinar, Puma dikatakan dijangkiti Virus Leukimia.

Pun begitu, selepas membawa kucingnya ke klinik, Puma dikatakan mengalami kecederaan fizikal, bukannya dijangkiti virus.

Baca juga Guna bawang putih dan serai, petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah

Choupette kucing terkaya, punyai bisnes dan akaun bank sendiri

Puma tidak boleh makan disebabkan rahang kanannya terkeluar dan dikatakan menghimpit saraf mata sehinggakan Puma buta kedua-dua belah mata serta taring kanannya turut patah.

Namun begitu, perkongsian video terbaharu menyatakan Puma sudah pun mati dua hari selepas klip tersebut dimuat naik iaitu pada 24 Disember yang lalu.

Menjengah ruangan komen, warganet bersimpati dengan nasib Puma dan pemiliknya. Ada yang berkongsikan cara untuk mengemukakan laporan mengenai hal yang membabitkan kebajikan haiwan peliharaan mereka.

Iklan

Ujar mereka;

“Rujuk kat Persatuan Animal Malaysia. Cari kat FB minta pandangan, mereka boleh bagi pandangan macam mana… semoga terbela nasib si comel.”

“Walaupun dia hanyalah seekor kucing. Tapi dia sebahagian dari ahli keluarga dan terpahat kekal di hati. Sayang dia sama level dengan anak-anak. Allahuakhbar!”

“Satu sebab saya takut hantar my baby to boarding. Banyak dengar this kind of situation sedih.”

Baca juga Luar biasa, pasangan doktor veterinar rai hari bahagia bersama 1,300 ekor kucing

Iklan

“Moga yang menganiayanya akan dapat balasan setimpal kalau tak di dunia, di akhirat nanti.”

“Manusia jenis apakah yang sanggup lakukan seperti itu. Semulia-mulia nabi, dia pun sayang haiwan ni. Sanggup petang sejadah yang kucing sedang tidur.”

Sumber: TikTok @nurfarah9959

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.