SEAKAN tidak pernah penat menghulurkan bantuan untuk orang ramai, sekali lagi penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew menjadi tumpuan ramai apabila sanggup turun padang membantu mangsa banjir.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau terus bergegas ke Perak bagi membantu penduduk terjejas banjir di beberapa lokasi.

“Sebak sayu ziarah kawasan banjir di Kampung Changkat Lobak, Kampung Parit Air Hitam 2 dan pusat mangsa banjir di SK Parit Hj Aman Perak. Sampai di sana dibawa bersama APM Dato Roslan Ketua Pesuruhjaya APM.

“Syukur tadi saya bagi sumbangan buat 64 keluarga, 64 tilam queen dan 130 tilam single serta sedikit duit belanja dan barang makanan.

“Saya bawa 20 anak muda bersama dari Pertubuhan Kasih Umat Malaysia untuk bersihkan rumah di beberapa tempat.

“Ini banjir ketiga pada tahun 2020 buat mereka. Tiga kali dipindahkan ke pusat banjir,” tulisnya.

Menurutnya, beliau juga sempat ‘mencuri’ masa memberi sedikit tazkirah kepada mangsa banjir.

Iklan

“Tadi beri sedikit tazkirah. Sedihnya tengok ada yang sebak dan menangis, berat ujian mereka.

“Ada barang rosak kerana tiada ahli keluarga lelaki nak angkat berat. Ibu tunggal anak kecil ada yang warga emas dan sayu juga tengok anak kecil berlari-lari.

“Ujian kerana Allah sayang. Semoga Allah beri kesabaran dan kekuatan buat semua yang dilanda banjir tahun 2020 ini,” doanya.

Baca juga Misteri ketukan pintu tanpa salam, ini pengalaman penduduk kampung

Iklan