‘Sel kanser belum sampai ke otak’, Chef Wan selesai kemo tulang belakang

BERITA duka cef selebriti, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengejutkan ramai.

Baharu kehilangan ibu tersayang 12 Januari lalu, Chef Wan, 65, disahkan kanser limfoma peringkat awal selepas dua kali menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital.

Dalam perkembangan terbaharu, cef kesayangan ramai itu menzahirkan rasa syukur sel kanser limfoma dihidapinya tidak menyerang bahagian otak.

Menerusi perkembangan terkini, perkara itu dimaklumkan doktor selepas Chef Wan menjalani rawatan kemo semalam.

Chef Wan berkongsi dia berdepan kesakitan sewaktu rawatan namun tidak lama.

“Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel kanser limfoma saya cuba menyerang otak.

Baca juga Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma, perlu jalani rawatan kemoterapi serta-merta

 

“Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit. Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam.

“Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga.

“Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel kanser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu,” katanya.

Ujarnya, dirinya sangat berwaspada mengambil ubat-ubatan dalam proses kemo dijalani agar tidak memberi kesan kepada organ dalaman.

Iklan

Baca juga ‘Inilah kehidupan’- Reaksi positif Cef Wan wajar dijadikan contoh, kuat lawan kanser

“Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya,” katanya.

Minggu lalu, ketika disahkan menghidap kanser limfoma, doktor turut memaklumkan Chef Wan mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.

Insya-ALLAH, moga ALLAH memberi kesembuhan yang sepenuhnya.

Iklan

Baca juga Hati Serina berkecai Chef Wan hidap kanser, mohon doa warganet. ‘Ya ALLAH kurniakan kesembuhan buat papa’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!