"Semoga jadi contoh yang baik kepada rakan-rakan" - Menteri Agama beri saguhati kepada remaja

"Semoga jadi contoh yang baik kepada rakan-rakan" - Menteri Agama beri saguhati kepada remaja
"Semoga jadi contoh yang baik kepada rakan-rakan" - Menteri Agama beri saguhati kepada remaja
A
A
A

"SAYA bagi sedikit saguhati sebagai upah atas kesungguhan mereka menunaikan solat."

Begitulah perkongsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Facebook miliknya semalam.

Menerusi perkongsian beliau yang disertakan beberapa foto ternyata mencuri perhatian warganet.

Kongsinya, seusai turun dari Tingkat 9 PPR Pekan Batu bagi mengagihkan bantuan kepada asnaf, beliau terserempak anak-anak remaja yang baik dan soleh.

"Mereka nampaknya sedang menuju ke surau ketika azan Zohor berkumandang.

"Semoga mereka menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan," katanya setelah memberikan sedikit saguhati buat mereka.

Beliau turut menceritakan kisah pembahagian upah kepada kanak-kanak yang solat.

"Membahagikan upah dan ganjaran kepada kanak-kanak yang bersolat di masjid ini pernah dilakukan lama dahulu oleh seorang tukang azan di kalangan tabiin bernama Zubaid bin Al-Harith Al-Yami al-Kufi.

"Imam Al-Zahabi menceritakan :

كَانَ زُبَيْدٌ مُؤَذِّنَ مَسْجِدِه، فَكَانَ يَقُوْلُ لِلصِّبْيَانِ: تَعَالَوْا، فَصَلُّوا، أَهَبْ لَكُم جَوْزاً. فَكَانُوا يُصَلُّوْنَ، ثُمَّ يُحِيطُوْنَ بِهِ. فَقُلْتُ لَهُ فِي ذَلِكَ، فَقَالَ: وَمَا عَلَيَّ أَنْ أَشْتَرِيَ لَهُم جَوْزاً بِخَمْسَةِ دَرَاهِمَ، وَيَتَعَوَّدُوْنَ الصَّلاَةَ

"Zubaid merupakan seorang muazzin di masjid beliau. Beliau pernah berkata kepada kanak-kanak : ‘Marilah (hadir ke masjid) dan dirikan lah solat, nanti aku akan bagi kacang kepada kamu semua.

"Kanak-kanak itu pun pergi mendirikan solat (di masjid), kemudian mereka mengelilingi beliau (untuk mengambil ‘saguhati’ kacang tersebut).

"Zubaid ditanyakan tentang perbuatan tersebut. Lalu beliau berkata :

"Apalah sangat ke atas diriku untuk aku membeli kacang dengan harga 5 dirham buat mereka, supaya mereka dapat membiasakan diri dengan solat.”Rujuk Siyar A’lam Al-Nubala’ (5/297)," kongsinya.

Dr Zulkifli turut mengatakan, bagi Wilayah Persekutuan, sudah banyak masjid dan surau dibuka sejak April 2020 secara berperingkat dengan had yang semakin ditambah baik dari semasa ke semasa.

"Mari hidupkan budaya salafussoleh yang amat baik ini," pesan beliau.

Baca juga “Biarlah mahkamah yang menghakiminya” – PU Syed Bakri tampil beri pesanan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca