Sesak nafas, pening, anak perempuan 11 tahun disyaki termakan biskut ganja bapa

UMUM mengetahui ganja atau Cannabis adalah dadah haram yang paling banyak ditanam, diperdagangkan di dunia.

Ia selalu disalah guna untuk tujuan relaksasi dan memberi si pengguna perasaan seronok. Tak kurang yang menggunakan mengurangkannya untuk perawatan paliatif bagi mereka yang mengalami penyakit kanser di peringkat akhir hayat (terminal).

Ganja diperolehi dari sejenis pohon yang bernama cannabis sativa atau hemp. Nama lainnya ialah marijuana, pot, weed, dope, hashish atau hash mengikut bahagian pokok ganja yang digunakan.

Dalam kejadian di Lawin, Hulu Perak, seorang kanak-kanak 11 tahun dilaporkan termakan biskut disyaki mengandungi ganja.

Baca juga: ‘Disangka kangkung, rupanya…’- Wanita trauma silap makan daun ganja ketika bercuti di Thailand

Baca juga: Ganja bukan sahaja buat ketagih, ini kesan sampingan menakutkan

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Berikut lapan info berkaitan kejadian:

1-Pada 29 Mei 2023 lalu, lebih kurang 10.26 malam selepihak polis menerima laporan daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin.

2- Ia berkaitan kejadian kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun mengalami simptom sesak nafas, pening kepala dan loya kerana telah termakan biskut yang dibuat oleh bapanya.

3-Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah termakan biskut disyaki dicampur dengan ganja yang menyebabkan dia mengalami simptom sesak nafas, pening kepala dan loya.

4-Kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

5-Saringan ujian awal air kencing bapa kanak-kanak berkenaan berusia 38 tahun positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

6-Dia telah direman mulai 30 Mei 2023 sehingga 3 Jun 2023 untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 31(1)(0) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(0) Akta Dadah Berbahaya 1952.

7-PDRM Perak menasihatkan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dan mengambil iktibar agar kejadian ini tidak berulang serta tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

8-Polis menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat terus dipertingkatkan bali memastikan negeri perak bebas daripada jenayah ini.

Iklan

Baca juga: Sedihnya, anak bongsu 3 tahun kritikal dadah dalam badan, ibu hidap kanser tahap 5

Baca juga: Tak boleh tanya soal sewa rumah, isteri nyaris dipukul suami gara-gara ketagih ketum

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

TANDA PENYALAHGUNAAN GANJA & KOMPLIKASINYA

Menurut MyHeath Kementerian Kesihatan Malaysia, berikut adalah tanda-tanda dan gejala penyalahgunaan dadah jenis ini:

  • Pada peringkat awal, penggunaan ganja boleh mendatangkan perasaan tenang dan relaks, peningkatan perasaan waspada, penambahan selera makan dan mata menjadi merah.
  • Apabila diguna dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan hilang keseimbangan, lembap dalam berfikir, lambat bertindak balas, gangguan daya ingatan, kesukaran bernafas, kadar denyutan jantung meningkat, kebimbangan, perasaan curiga dan sangsi.
  • Ganja juga boleh menyebabkan tanda-tanda gian jika digunakan pada dos yang tinggi. Gejala-gejala tersebut termasuk:
    -Kebimbangan
    -Lekas marah
    -Berpeluh
    -Hilang selera makan
    -Kemuraman
    -Gangguan tidur
  • Ganja juga telah dikenal pasti boleh mengurangkan bilangan sperma dan boleh menyebabkan kemandulan.
  • Ia boleh membuat si penagih beralih kepada heroin seterusnya menyebabkan ketagihan dan kebergantungan.
  • Ganja boleh menghasilkan penyakit mental yang serius seperti penyakit kemurungan (depression) dan penyakit paranoid.

Baca juga: Angkara dadah! Leher ibu tiri putus ditetak anak, ini kejadiannya

Iklan

Dadah adalah musuh nombor satu negara, sama-samalah kita berwaspada dan memeranginya!

Foto utama: Freepik

Sumber: Polis Perak, MyHeath Kementerian Kesihatan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi