SETIA menjaga suaminya daripada sakit terlantar hingga kini boleh berjalan, wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu Ibrahim sebak pada hari perpisahan.

Menerusi laman sosial TikTok, Siti Rohayu, 31, berkongsi video beliau dan bekas suami Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, 30, berjalan beriringan ke Mahkamah Syariah Daerah Besut, Terengganu.

Baca juga: Semakin bijak, anak wanita dipukul suami hingga koma jadi tumpuan netizen, membesar tanpa sentuhan ibu

“Buat kali terakhir Umi Ayu bersama Abi.

“Amat sukar melepaskan orang yang kita sayang tapi jika itu yang terbaik untuk semua pihak harus merelakan jua. Semoga Umi dan Abi bersatu kembali,” titipnya.

Video yang memaparkan pasangan itu berjalan sambil berpegangan tangan menjadi tular sehingga ditonton dua juta kali.

Lebih menyentuh hati, menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi kali terakhir beliau menguruskan suaminya.

Tangkap layar Instagram Siti Rohayu

Terdahulu, difahamkan Siti Rohayu telah menjaga Muhamad Ridhwan yang terlantar akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2017. Malah lelaki itu pernah koma hampir enam bulan.

Baca juga: Wanita Mat Salleh tular, ‘lebih Melayu’ daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Pengorbanan dan ketabahan wanita itu dalam menjaga suaminya dan dua anak mereka yang kecil sering menjadi perhatian netizen. Malah beliau tanpa jemu merangsang daya ingatan suaminya dengan menunjukkan gambar dan bercerita kenangan mereka sekeluarga.

Siti Rahayu juga berkongsi perkembangan lelaki itu yang tidak mampu bertutur selepas kemalangan sehingga perlahan-lahan dapat berkomunikasi semula.

Baca juga: Foto kendong suami sakit buat warganet tersentuh, tapi wanita ini kesal bila…

Warga maya rata-rata memberikan sokongan buat Siti Rohayu. Ujar mereka:

Iklan

-“Daripada terlantar sampai boleh berjalan Umi jaga. Allahuakbar, saya doa baik-baik untuk kalian.”

-“Sebaknya tengok suami rangkul tangan Umi, beliau tahu itulah tempat bergantung sepanjang terlantar. Insan yang banyak berjasa dalam hidupnya.”

-“Ya ALLAH sihat semula abi, kami saksi dari hari abi kemalangan sampai ke hari Ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian.”

-“Saya follow Umi dari awal smpai sekarang, sungguh saya kagum. Dari dulu saya terinspirasi dengan Umi untuk buat yang terbaik buat suami saya.”

-“Betapa pedihnya perpisahan. Semoga Ayu diberi ketabahan untuk hari yang mendatang.”

Iklan

-“Jalan terus tanpa menoleh. Jadikan yang lepas sebagai ilmu mendidik jiwa. Semoga Allah ganti ujian dengan hikmah yang lebih besar.”

Baca juga: Baik hatinya! Lelaki sanggup kahwin semula bekas isteri sakit tenat

Sumber: TikTok mummy_beauty, Instagram wanayu303

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.