MASIH terdapat manusia yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri di dunia ini.

Tambah lagi yang bergelar lelaki. Ya, masih ada yang berperikemanusiaan kepada golongan wanita.

Buktinya, seorang lelaki di China ini yang sanggup mengahwini semula bekas isteri setelah mengetahui wanita itu menghidapi sakit tenat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut laporan Mothership, Chen Zhenfeng dan isterinya, Xie Hongxia telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.

Namun pada tahun 2019, pasangan tersebut membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Nasib tidak baik, selepas bercerai, Xie mendapati dirinya menghidap penyakit Uremia iaitu buah pinggang berhenti berfungsi.

Selepas mengetahui keadaan kesihatan Xie, Chen membuat keputusan untuk berkahwin semula dengan bekas isterinya.

Malah apa yang sangat mengharukan Chen juga sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada Xie supaya wanita itu kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan yang normal.

buah pinggang

Katanya Chen, wanita sifatnya sangat lembut dan lemah, jadi dia tidak mahu membiarkan bekas isterinya itu bersendirian tanpa sokongan.

Bukan itu sahaja, Chen turut menjual rumahnya semata-mata mahu menampung kos perubatan isterinya menjalani rawatan dialisis yang menelan hampir RM4,000 sebulan.

Dengan gaji bulanan yang diterimanya , Chen akui duit tersebut masih tidak cukup untuk menampung segala perbelanjaan mereka.

Baca juga [VIDEO] 4.00 petang gelap gelita, abu tenggelamkan rumah hingga ke atap, berikut sejarah letusan Gunung Semeru

Menurut sumber, beberapa veteran tentera dan orang ramai dilaporkan telah menderma kira-kira RM13,276 kepada keluarga Chen untuk membantu dia membiayai kos rawatan Xie.

Kisah hidup mereka turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warga maya. Rata-ratanya terharu dan sebak dengan tindakan bekas suami yang sangat baik hatinya.