SIHAT dan semakin bijak, kanak-kanak anak kepada wanita mangsa dipukul suami menjadi perhatian ramai.

Bayi yang dinamakan Nufail dilahirkan dalam keadaan ibunya, Jahidah Nordin, 43, dalam keadaan koma pada 1 Disember tahun lalu.

Rakyat Malaysia pasti akan mengingati kes wanita yang dipukul suami ketika hamil bertarung nyawa sehingga koma ini.

Selepas tragedi pada 4 Mei 2021, Jahidah mengalami kecederaan parah pada kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang dan rusuk retak.

Baca juga: Wanita hamil koma dipukul suami selamat lahirkan bayi lelaki, ramai doakan keajaiban

Sepanjang kehamilan wanita itu hanya mengambil susu khas. Biarpun membesar dalam keadaan ibu yang sedang koma, Nufail selamat dilahirkan menerusi pembedahan.

Adik Jahidah, Fauziah Nordin yang menjaga mereka berdua berkongsi si kecil itu yang kini berusia 10 bulan membesar dengan sihat.

Baca juga: Wanita hamil dipukul suami menghitung hari bersalin, adik luluh hati, bimbang risiko pembedahan

“Dia anak yang kuat, daripada seketul darah berusia empat minggu di dalam rahim, membesar sehingga sembilan bulan dan lahir dengan sihat.

“Walaupun ibunya koma, bermacam prosedur hospital dengan wayar dan tiub pada badan, pembedahan otak, tulang belakang, rusuk dan rahang patah, Nufail tetap kuat hidup demi ibunya,” titip Fauziah.

Baca juga: Lelaki pukul isteri kedua hingga koma, rupanya ada 4 isteri, 7 anak

Fauziah turut berkongsi video Nufail dilihat bergerak dan bergolek. Sesekali si kecil itu diletakkan di samping Jahidah bagi merasa hangatnya kasih ibu.

“Membesar dengan sihat sayang. Apabila besar boleh jaga ibu. Jika takdir ibu seperti ini, Nufail di sisi ibu ya,” titip Fauziah.

Iklan

Terdahulu, Jahidah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, muka dan tangan. Kejadian berlaku di sebuah rumah Larkin, Johor Bahru pada 4 Mei 2021 ketika Jahidah sedang hamil empat minggu

Warga maya mendoakan anak kecil itu membesar dengan kuat dan sihat. Ujar mereka:

-“Semoga membesar dengan sihat ya Nufail, budak bijak ni.”

-“Alhamdulillah sudah besar Nufail. Semoga dipermudahkan segala urusan Nufail, sentiasa sihat dan mnjadi anak yang soleh.”

-“Semoga Nufail menjadi anak yang baik dan cerdas, jadi hero menjaga ibu ya nak.”

Iklan

Baca juga: Wanita hamil koma dipukul suami selamat lahirkan bayi lelaki, ramai doakan keajaiban

Baca juga: 5 kes jenayah paling kejam, menyayat hati sepanjang 2021

Sumber: TikTok ziahzara15 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi