PELAKON dan usahawan, Datin Paduka Eina Azma terkenal dengan sifat pemurah. Terbaru, beliau ingin memberikan Iphone siri terbaru iaitu Iphone 15 kepada para peminat.

Menerusi hantaran di TikTok, Eina terdahulu menerima kejutan daripada suami, Datuk Kaiser Gurmeet Harden yang telah menghadiahkan gajet terbaru keluaran Apple itu.

Ibu kepada pasangan kembar Arianna Aubrey dan Karl Kareef itu berkata beliau tidak pernah meminta untuk menukar telefon baharu menerima pemberian itu dengan rasa terharu.

Baca juga: Eina Azman leher bengkak dan sakit sejak 2016, mohon doa sembuh sepenuhnya

“Masya-ALLAh sweetnya suami saya ini, saya tidak pernah minta nak pakai iPhone terkini.

“Tapi suami saya memang, suka paksa saya tukar phone baru. Pakai iPhone 11 ke 12 pun saya OK sahaja,” ujarnya.

Selain itu, Eina turut berkongsi suaminya tidak membelikan satu, malah empat buah gajet idaman ramai itu.

Baca juga: Tampil dalam Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Eina Azman beri sokongan pada anak Allahyarham Mamat Khalid

“Eina fikir suami beli satu biji iPhone 15, rupa-rupanya suami Eina beli empat buah.

“Sekarang ada lebih tiga lagi iPhone 15, Eina tak tahu nak buat apa. Kalau Eina nak bagi korang percuma ada tak yang nak?” kongsinya.

Aktres berusia 28 tahun itu seorang yang dermawan. Pada 2018, beliau telah membantu mengurangkan beban keluarga tiga kanak-kanak yang menderita penyakit kulit.

Iklan

 

Perkongsian video berdurasi 1.14 saat di TikTok menjadi perhatian warganet. Ramai yang telah memberikan komen mahu menjadi penerima Iphone berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar terbaru Apple itu dibuka tempahan awal pada 22 September lalu dan akan mula dijual di pasaran tempatan pada 29 September 2023.

Ia dijual pada harga antara RM4,399 hingga RM8,499.

Iklan

Sumber: TikTok, Instagram Eina Azman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!