'Suami tunggu dalam kereta jaga anak.' MUA Bellaz kenang kembali kesusahan masa mula berkahwin

A
A
A

Selebriti terkenal MUA Bellaz berkongsi momen ketika menimang cahaya mata sulung.

Akui pemilik nama sebenar, Nur Nabilah Zulyadaini,  selain kehadiran si kecil yang telah mematangkan dirinya sebagai seorang ibu, kehadiran Iris Alisya atau mesra dipanggil Eica telah menambah rezeki mereka sekeluarga.

"Kenangan  anak pertama ini, sebenarnya mengajar kita banyak perkara dalam rumah tangga. Jadi, lebih matang, lebih bertanggungjawab, saling bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Beritahu Bellaz lagi, pada waktu berkenaan, beliau sudah mula mengambil tempahan mekap untuk pengantin dan membuka kelas solekan.

Sementara, suaminya terpaksa bertindak menjaga si kecil itu di dalam kereta.

Mahu dijadikan cerita, kenderaan mereka tiada penghawa dingin. Jadi, hanya kipas daripada kertas digunakan, bimbang si anak dalam kepanasan.

“Sementara tunggu saya siap pengantin, suami akan tunggu di bawah pokok. Namun, momen paling saya tidak dapat lupakan, ada satu hari, selepas hantar saya untuk mekap pengantin,  suami singgah makan di kedai kerana lapar.

“Baru sahaja nak makan, Eica pula buat hal apabila buang air besar. Habis baju suami waktu itu. Apabila suami menghubungi saya dan berkongsi hal tersebut,  kami sama-sama ketawa kelucuan. Memang kenangan betul waktu itu," ungkap Bellaz lagi.

Tambah beliau  lagi, suaminya sebelum ini pernah bekerja sebagai runner. Setiap kali dirinya mendapat tempahan pengantin untuk mekap, si suami akan berkorban  dengan mengambil cuti, lebih-lebih lagi jika lokasi jauh.

"Hari Jumaat sepatutnya suami cuti rehat, tetapi beliau  yang banyak memberi sokongan dalam dunia solekan ini.

"Suami yang beria supaya saya menyertai jika ada sebarang pertandingan mekap. Kalah menang itu belakang kira katanya, yang  penting kita cuba," ujarnya.

Kenangan tersebut kata Bellaz, masih segar dalam ingatannya sehingga kini.

Justeru, kata ibu kepada empat anak itu, selalulah mencipta kenangan kerana apa yang berlaku tidak akan  berulang kembali.

“Sebab itu, saya selalu tulis, kenangan hari ini takkan sama dengan kenangan esok. Jadi, ciptalah momen kamu setiap hari. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, amin," katanya.

Sumber: Instagram MUA BELLAZ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca