Warna lebih bold & sensasi. RR Bucket Mini Bag daripada Rizman Ruzaini digilai ramai

PEMILIHAN beg tangan bukan hanya sekadar menambah gaya, sebaliknya ia turut berfungsi untuk melahir dan meningkatkan aras keyakinan diri seseorang.

Justeru, setiap satu koleksi yang dikeluarkan tidak pernah bernoktah. Bahkan, setiap satunya memiliki kisah yang berbeza-beza.

Disebabkan itu, ramai wanita tidak kisah dan sanggup berhabisan ribuan ringgit semata-mata mahu menjadi pengumpul koleksi aksesori yang satu ini.

Baca ni Lebih stail, bergaya dan nampak mewah. Beg tangan Kashfi Zulkufli sesuai untuk wanita dan lelaki

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Rizman Ruzaini merupakan satu jenama high-end fashion yang begitu disegani dan menjadi dambaan ramai.

Selain menghasilkan busana yang cantik, mewah dan berkualiti premium untuk golongan kerabat sehinggalah kepada orang biasa, pengasas yang juga pereka jenama tersebut turut mengeluarkan beg tangan di bawah jenama mampu milik, RR by Rizman Ruzaini.

Menampilkan rekaan yang moden, penuh gaya dan ditatarias dengan garisan jalur, ciri-ciri itu telah melengkapkan lagi nilai eksklusif produk yang dikeluarkan.

Ujar salah seorang pengasas RR by Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil, label itu sentiasa meraikan wanita dan terbaharu mereka menampilkan RR Bucket Mini Bag.

Semestinya, kehadiran item tersebut berupaya menyuntik gaya wow dalam penampilan seseorang.

“Bagi anda yang sedang mencari aksesori yang kelihatan trendy, namun tidak terlalu sarat, inilah koleksi yang cukup sesuai. Dengan reka bentuk praktikal dan menggunakan sepenuhnya material kulit berstandard tinggi, beg tangan ini boleh digayakan untuk apa jua majlis pada bila-bila masa,“ katanya.

Baca lagi Tak tahu nak pilih mana satu, tiga koleksi beg tangan Tocco Toscano memang buat rambang mata

Sebulan sekali

Lebih menarik lagi, beritahu Ruzaini, himpunan terbaharu itu turut dilengkapi dengan logo ikonik RR, sekali gus menaikkan imej elegan buat si pemakai.

“Sebenarnya, RR Bucket Mini Bag ini merupakan siri kedua dan apa yang saya boleh kami katakan, ia lebih fleksibel.

“Ini juga adalah percubaan RR By Rizman Ruzaini membawa aliran baharu terutama beg tangan kepada mata umum,“ ujarnya sambil memaklumkan produk tersebut juga sesuai digayakan oleh kaum Adam.

Memiliki tapak yang kukuh dan bentuk yang panjang, siluet bucket klasik itu menawarkan tali bahu boleh laras dan pemegang atas. Justeru, ia membolehkan pemakainya menukar cara tatkala membawanya.

Baca lagi ‘Harga marhaen, kualiti terpelihara…’ Kekalkan momentum & hargai pembeli, Rizman Ruzaini edar 200 tudung edisi khas percuma

 

Di samping itu, ia cukup praktikal dan boleh memberikan sentuhan gaya kepada mana-mana busana yang dipakai.

Sebagai tambah nilai, rantai kunci emas RR menjadi aksesori tambahan dan pelengkap kepada beg tangan tersebut.

Iklan

Seorang lagi pengasasnya, Rizman Nordin pula berkata, secara keseluruhan, RR Bucket Mini Bag tersedia dalam enam pilihan warna iaitu shocking pink, navy, hitam, maroon, lemon dan emerald green.

“Untuk seleksi warna, kami mempertimbangkan permintaan dan cita rasa pelanggan. Biasanya kami akan membuat tinjauan terhadap warna apa yang menjadi kesukaan,“ ujarnya.

Mengulas mengenai harga yang ditawarkan, Rizman bersyukur kerana para pelanggan setia yang juga merangkap pengumpul koleksi RR by Rizman Ruzaini tidak pernah mempersoalkannya.

“Alhamdulillah, tidak timbul soal nilai setakat ini kerana apa yang kami tawarkan cukup berpatutan. Bagi RR Bucket Mini Bag ini harganya bermula pada RM149.

“Biarpun ia (harga) cukup marhaen, namun kami sangat menitikberatkan soal kualiti. Disebabkan itu, sehingga kini belum ada sebarang aduan daripada pelanggan baik dari segi harga mahupun mutu,“ ujar Rizman lagi.

Sengaja kami bertanyakan tentang persaingan, pereka duo itu dengan pandangan yang sama berkata, itu semua adalah asam garam dan lumrah dalam dunia perniagaan.

Iklan

“Boleh dikatakan, jenama RR sudah memiliki pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan selama ini adalah khusus buat mereka. Justeru, tidak timbul isu itu. Bagi kami, mana-mana bidang pun akan wujud persaingan, asalkan kita bersaing secara sihat, maka tidak akan ada sebarang masalah,“ katanya.

Baca lagi ‘Untung Daddy pereka Fesyen.’ Sambut birthday Anak perempuan yang  ke-2, Rizman Reka khas baju tema barbie

Sehubungan itu, bagi memastikan label lokal itu terus relevan, Rizman berkata, mereka akan mengeluarkan koleksi baharu baik tudung mahupun beg tangan secara bulanan.

“Selain memenuhi selera pengguna, kaedah ini sebagai salah satu cara memastikan produk RR terus mendapat tempat dalam hati pelanggan,“ ungkap Rizman.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang