Syukur, tidak patah: Tunku Azizah terseliuh kaki kiri ketika bermain golf

Syukur, tidak patah: Tunku Azizah terseliuh kaki kiri ketika bermain golf
Syukur, tidak patah: Tunku Azizah terseliuh kaki kiri ketika bermain golf
A
A
A

"PAGI tadi (semalam) saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak."

Begitu perkongsian Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram semalam.

Baginda mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.

Menurut perkongsian itu, Tunku Azizah memaklumkan baginda akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.

"Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa," titah Tunku Azizah di akaun Instagram baginda.

Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda.

"Terima kasih kerana ramai yang mendoakan. Nak sangat jadi golf champion! Syukur ankle tak patah hanya sakit biasa je," titah Tunku Azizah.

Baca juga Rentas negeri berbulan madu? Ini penjelasan PDRM

Seri Paduka turut memuat naik gambar kaki kiri baginda yang berbalut selepas menerima rawatan dan ia telah mendapat hampir 90, 000 tanda suka setakat

ini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata para pengikut baginda mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan beliau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca