GENIUS Matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 24, pernah menjadi perhatian ramai kerana kemahiran dan penyelesaiannya dalam pengajaran matematik menerusi algebra dan trigonometri pada usia enam tahun.

Dalam perkembangan terkini, ikon Matematik negara itu kini telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Siti Sarah Zurkarnain, 27.

Berita gembira itu dikongsi bapa Adi, Abdul Ghani Abdul Wahid.

Baca juga: Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil

“Sahlah Adi Putra sebagai raja sehari di Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

“Berkat doa tuan, puan, sahabat dan muridnya, dengan lafaz nikah sekali sahaja. Kenduri pun berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca pun baik di Kota Bharu hari ini, aamiin,” titipnya.

Dalam majlis yang berlangsung di kediaman pengantin di Lundang, Kota Bharu, Adi menyerahkan wang hantaran berjumlah RM9,999.99 kepada Siti Sarah.

Baca juga: Kanak-kanak Muslim 11 tahun lebih genius daripada saintis Albert Einstein dan Stephen Hawking. Ini cerita ibunya

Berita menggembirakan itu menerima pelbagai ucapan tahniah daripada warga maya. Kebanyakannya menitipkan doa agar rumah tangga Adi dan isteri dilimpahi kebahagiaan. Ujar mereka:

– “Tahniah Adi dan wife. Tahniah juga buat kepada keluarga dapat menantu. Moga beroleh rahmat Allah. Amiin.”

-“Congrats Adi, Pak Ghani dan famili. Nanti anak mesti genius macam papanya.”

-“Tahniah Adi sekeluarga, semoga diberi ALLAH rahmah dan sakinah.”

-“Alhamdulillah syukur moga berbahagia hingga ke jannah.”

Pasangan itu terdahulu melangsungkan pertunangan pada Ogos lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial Instagram.

Baca juga: Kanak-kanak genius kuasai 8 bahasa, kenali Bella Devyatkina

10 info menarik Adi Putra:

Kredit foto: facebook Adi Putra Matematik

1- Adi Putra anak kepada pasangan Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias.

2-Bakatnya dikesan pada usia empat tahun apabila berjaya menyelesaikan masalah matematik abang sulungnya, Amirul Izuan.

Iklan

3-Menurut ibunya, anak bongsu tiga adik-beradik itu dapat menghafal sifir Matematik sekali gus membetulkan kesilapan sifir yang diperdengarkan abang sulung.

4-Adi dikatakan dapat menyelesaikan soalan matematik dengan congak dalam masa kurang daripada sesaat.

5-Dalam bulan Ogos 2005, akhbar Berita Harian melaporkan Adi Putra mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Tahun Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru di Bagan Serai.

6-Adi juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).

Kredit foto: Facebook Abdul Ghani

7-Tidak hanya itu, pada usia kanak-kanak Adi hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik. Manakala soalan peringkat sekolah menengah dan asas universiti kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari serta daya ingatannya.

8-Pada tahun 2011, beliau melancarkan buku pertamanya yang berjudul Seni Matematik Islam.

Iklan

9-Adi Putra yang belajar sendiri di rumah bersama ibu bapanya dianggap pakar dalam menyelesaikan soalan algebra, trigonometri dan indeks dan kepintarannya itu menyebabkan beberapa guru gemar merujuk kepadanya mengenai formula tertentu menyelesaikan soalan Matematik.

10-Ibu Adi mendedahkan amalan membaca al-Quran terutama surah Maryam, surah Yusuf dan Luqman ketika mengandungkan anak bongsunya itu.

Baca juga: Genius! Budak 3 tahun ahli Mensa termuda UK, suka buat Matematik sampai berdarah hidung, kira 1-100 dalam 7 bahasa

Sumber: Facebook Abdul Ghani, Orang Perak, MStar, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!