PENYANYI dan pelakon Zarul Umbrella mengucapkan tahniah buat isteri, Intan Nur Fathihah yang baharu menerima kurniaan Pingat Pangkuan Negara daripada yang Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jarang memuat naik hal berkaitan keluarga di laman sosial namun kejayaan isteri tercinta itu dikongsikan Zarul menerusi hantaran di Instagram sekali gus meraikan detik istimewa.

“Alhamdulillah tahniah buat isteri atas pengurniaan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi,” titip Zarul.

Zarul yang menemani isteri menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara sempat berkongsi momen indah bersama.

Vokalis Umbrella itu tidak ketinggalan menyumbangkan suara menerusi lagu Ramalanku Benar Belaka dalam satu acara di sana.

Baca juga: Sharifah Shawati dedah jantung di sebelah kanan atau dekstrokardia, hanya tahu semasa daftar kerja pramugari

Baca juga: ‘Ia datang daripada anda semua.’ Terima Pingat Pangkuan Negara, aunty guard viral luah rasa terharu

Baca juga: Tahniah! Datin Anne Ngasri terima kurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong

Warga maya tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Intan Nur Fathihah di samping memuji Zarul yang sentiasa memberi dorongan buat isteri.

– “Barakallah masya-ALLAH tahniah Kak Intan.”

– “Alhamdulillah tahniah Intan. Tahniah juga @zarulumbrella sebagai suami.”

– “Alhamdullilah, congratulations for your wife for such wonderful achievements.”

– “Isteri yang berjaya ada suami yang menyokong di belakangnya. Alhamdulillah Abang Zarul berjaya menjadi contoh, tahniah buat isteri.”

– “Tahniah buat isterinya and the man behind her success.”

Iklan

Menerusi laman web Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, PPN merupakan pangkat keenam dalam keluarga Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara.

Pingat berkenaan juga tiada had bagi keanggotaannya.

Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin mendirikan rumah tangga dengan Intan Nur Fathihah pada 26 April 2009.

Iklan

Beliau terdahulu pernah berkahwin dengan wanita bernama Ayu dan dikurniakan seorang sebelum berpisah pada tahun 2005. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Puteri Ayu Nur Arisya.

Baca juga: Showacase 25 Tahun Umbrella dibatalkan demi keselamatan peminat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang