‘ANDA berhak menerimanya’. Demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Agong kepada pengawal keselamatan tular, R. Yogeswary, 44. Pengawal keselamatan di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi dan Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) itu akhirnya menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara baru-baru ini.

Lebih istimewa lagi, anak jati Gerik, Perak itu berkali-kali menitipkan ucapan terima kasih kepada Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimumah Iskandariah dalam pertemuan singkat sejurus istiadat itu selesai di Balairung Seri.

“Saya tak sangka hari ini boleh menjejakkan kaki ke Istana Negara dan bertemu sendiri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri. Malah pegawai Istana memberitahu Seri Paduka sendiri nak jumpa saya sekejap dan ambil gambar bersama-sama,” katanya dalam nada sebak ketika menceritakan momen indah.

Memilih persalinan kebaya hitam pada hari paling istimewa sepanjang hidupnya, Yogeswary yang hadir dengan ditemani kakak, R Rajeswary, 48, menyifatkan pingat yang diterima adalah daripada orang ramai.

“Terima kasih semua, ini semua daripada komen anda kepada Aunty. Pingat ini datang daripada anda semua.

“Terima kasih ya, sekali lagi Aunty ucapkan. Rasa nak menangis, really Aunty happy.

“Tak sangka (kurniaan pingat) dalam hidup Aunty ini. Always Aunty akan buat terbaik untuk anda semua,” titipnya di laman sosial Facebook.

Baca juga: ‘Tak sangka seluruh negara hargai khidmat kecil saya’. Akak guard hospital tersenarai penerima darjah kebesaran YDP Agong

Baca juga: [VIDEO] Pernah ditampar ketika bertugas, ‘mak guard’ cantik tak patah semangat cari rezeki untuk keluarga

Baca juga: [VIDEO] Straight ‘A’ UPSR hingga SPM, pelajar cemerlang jadi pengawal keselamatan demi rezeki halal

Biarpun tugas pengawal keselamatan hanya perlu mengawasi dan memantau, Yogeswary lakukan lebih daripada itu terutama dalam membantu pengunjung dan kaki tangan HRPB tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Iklan

Sepanjang empat tahun menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu tidak berkira tenaga membantu membukakan pintu kereta, mengangkat barang dan menjaga lalu lintas di ruang parkir hospital.

Beliau malah tidak kekok menenangkan pesakit yang sedang cemas dan mengucapkan tahniah kepada ibu yang baharu bersalin.

Iklan

Keikhlasan dan komitmen yang ditunjukkan beliau pernah dalam menjalankan tugas menjadi meraih perhatian bekas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Tahniah diucapkan buat Yogeswary daripada SinarPlus. Semoga pencapaian beliau menyuntik semangat buat wanita lain untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!