Tahniah! Tya Ariffin & Dafi berjaya tamatkan pengajian, rai majlis graduasi

TAHNIAH! Dua selebriti terkenal, Tya Ariffin dan Dafi Ismail kini berjaya tamatkan pengajian masing-masing dan selamat diraikan dalam majlis graduasi semalam.

Pelakon dan penyanyi kelahiran Indonesia, Tya Arifin, kini berjaya mengenggam segulung ijazah selepas sekian lama mengidamkannya.

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin berkongsi perasaan teruja di laman sosila miliknya.

“Alhamdulillah finally, hari yang ditunggu tunggu tiba, ini merupakan suatu impian yang tersimpan dalam bertahun tahun.

“Akhirnya, hari ini jadi kenyataan, mendapat Bachelor Business Administration (HONS) dari Asia E University Malaysia.

“Terima kasih semua yang sudah mendoakan, Tya doakan kalian juga,” coretnya.

Baca juga Dapat makan semeja dengan Vincent Tan, Tya Arifin luah rasa teruja

Dalam pada itu, ibu cantik kepada dua anak itu sempat merakam memori pada masa lalu yang mana memilih untuk tidak menyambung pelajaran ketika itu.

“Selepas Tya selesai senior high school, sebenarnya Tya harus kuliah, tapi saat itu Tya postponed karna Tya pilih untuk ambil peluang yang lain hijrah ke Jakarta, bekerja.

“Situasi saat itu, orang tua Tya boleh untuk biayai kuliah, tapi Tya fikir peluang yang Tya buat saat itu mungkin akan meringankan keluarga.

“Perasaan lihat kawan-kawan yang udah wisuda rasanya wah keren ya.

“Tapi Tya happy dengan keputusan yang Tya buat saat itu dan sampailah berkahwin dan dah ada anak dua.

“Dan terfikir lagi, memang saat Tya udah kawin. Tya memang set utk one of my dreams, harus sambung belajar lagi, kuliah,” ujarnya.

Kata pemilik syarikat Mutyara Beauty itu lagi, dia mengambil keputusan untuk berbuat demikian pada tahun lalu.

“Jadi tahun lalu, terus daftar kuliah join program APEL.Q ambil jurusan yang lebih relate Business Administration. Mengikuti semua assignment, presentation and all sambil dengan bekerja, mengurus anak dan lainnya.

“Hufttttttt doa pada ALLAH semoga lulus sampai wisuda this year. Itu aja. Dan finally! Alhamdulillah masya-ALLAH.

Iklan

Baca juga Saya doakan yang terbaik untuk papa – Dafi

Manakala penyanyi dan pelakon, Dafi, berjaya memperoleh Diploma Profesional Dalam Kepimpinan dari Program Kepimpinan Oxford oleh Pusat Kepimpinan Oxford (OXCEL) menerusi kursus jangka pendek selama enam bulan di UTM Space, Kuala Lumpur.

Pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri, 35, itu berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri membuatkan dirinya mendalami ilmu pengurusan dan kepimpinan.

Ditanya adakah sukar membahagikan masa menjadi pelajar dan bekerja pada masa yang sama, peserta Akademi Fantasia musim ke-5 itu tidak berasa terbeban memandangkan kelas hanya diadakan sebulan sekali di Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, penyanyi Bila Terasa Rindu itu juga mendedahkan tidak kisah berhabis duit menyambung pengajian kerana pendidikan adalah segalanya.

Iklan

Sebelum ini, Dafi menyelesaikan pengajiannya dalam Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing pada tahun 2009.

Semalam, Dafi diraikan di sebuah majlis graduasi yang diadakan di House of Parliament London.

Moga dapat dijadikan sumber inspirasi buat semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!