Tak sihat makan ubat sebelum majlis, Timbalan Menteri mohon maaf tertidur

Tak sihat, makan ubat sebelum majlis, Timbalan Menteri mohon maaf tertidur
April 11, 2021
Oleh Faezah Muda

TULAR sebuah video di media sosial memaparkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith kelihatan tertidur di pentas sebuah graduasi pelajar.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan di majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall di Seremban, Negeri Sembilan yang dihadirinya semalam.

Menurut Pegawai tugas-tugas khasnya, Farahiah Zubir, Datuk Eddin yang juga ahli parlimen Kuala Pilah itu tertidur ketika berlangsungnya majlis tersebut sebenarnya terlalu keletihan dan kurang sihat.

Katanya dalam satu kenyataan, bagaimanapun, bagi memenuhi undangan jemputan beliau gagahkan diri untuk hadir.

Menurutnya lagi, pada majlis berkenaan, Datuk Eddin telah meluluskan pemasangan penghawa dingin untuk dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan turut menyumbang sedikit dana untuk membantu pihak sekolah memperoleh bas bagi kegunaan pelajar.

Iklan

Video berkenaan menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya itu dikejutkan oleh pengawal peribadinya yang berada di bawah pentas ketika kejadian.

Tak sihat, makan ubat sebelum majlis, Timbalan Menteri mohon maaf tertidur

Video berdurasi 45 saat itu turut memaparkan dua individu yang berada di atas pentas cuba mengejutkan beliau namun gagal.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen beberapa media sosial, rata-rata warganet melahirkan rasa simpati terhadap beliau.

Baca juga Ibu pilu tak dapat penuhi permintaan 4 anak termasuk dua yang kurang upaya

Mereka bersimpati di atas keadaan Timbalan Menteri itu yang berkemungkinan terlalu kepenatan atau disebabkan oleh faktor kesihatan.

Terdahulu, pada 11 November 2019, Ahli Parlimen dari Negeri Sembilan itu juga pernah dilaporkan pitam di tempat duduk ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung.