Tak tahan diganggu jiran, ini 5 keadaan boleh kita ambil tindakan

HIDUP berjiran adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain adalah perkara yang sebaik-baiknya dilakukan agar hubungan yang terjalin sentiasa harmoni.

Bagaimanapun, tidak dinafikan wujud jiran yang mempamerkan tingkah laku yang mengganggu keselesaan jiran tetangga.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial TikTok, @snow_queenz_ yang berkongsi rasa amarah dengan tindakan jirannya.

Menerusi perkongsiannya, apa yang dihadapi setiap hari adalah tingkap rumahnya sering mempunyai seakan-akan percikan air yang tidak tahu puncanya.

“Sebelum ni tak tahu air apa yang selalu ada kat tingkap ni. Tapi bau hancing. Mulanya ingatkan air kencing kucing, tapi tak logik sampai ke atas tu,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, kejadian tersebut juga menjadi semakin teruk apabila dinding dan tingkap rumahnya berkulat dan mula mengeluarkan bau-bau hancing.

Baca juga [VIDEO] Selamba jemur tikar dekat pagar rumah jiran, wanita luah rasa kesal dengan sikap aneh tetangganya

Kredit foto: TikTok snow_queenz_

Ujarnya, berbulan-bulan mereka basuh dinding tersebut namun ada semula percikan air itu. Timbul perasaan pelik apabila bau hancing busuk itu membuatkan dirinya tidak boleh duduk dalam bilik.

Tertanya-tanya apakah yang menjadi punca ini, dia lantas meletakkan kamera tersembunyi untuk merungkai masalah tersebut.

Namun apa yang sangat mengejutkan apabila berdasarkan rakaman video yang dipasang secara rahsia mendapati bahawa ia tindakan jiran yang sangat memalukan!

Dalam rakaman tersebut dilihat jirannya mencurahkan air yang dipercayai merupakan air kencing ke arah rumahnya. Lagi tambah amarah, perbuatan tersebut sudah dilakukan berkali-kali.

Baca juga Wanita dedah saluran air aircond jiran dihala ke rumah hingga berlumut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyuruh tuan badan melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak polis kerana ia telah mengganggu ketenteraman jiran tanpa tahu sebarang punca.

Bagaimanapun, berdasarkan khabar terbaharu, tuan rumah berkongsikan bahawa pelaku sudahpun dibawa polis untuk siasatan.

Iklan

Aduhai! Disangka gangguan misteri rupanya angkara jiran puaka.

Sementara itu, tahukah anda kita sebagai pemilik kediaman mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya diperlakukan seperti berikut;

1. Jiran membuat pembakaran terbuka.

2. Pemasangan kamera litar tertutup hingga menyebabkan melanggar hak privasi.

3. Parkir kereta dengan cara menyusahkan orang lain.

Iklan

4. Bunyi bising yang berterusan mengganggu.

5. Mengubahsuai sampai merosakkan hartanah orang lain.

Sumber: Tiktok @kotangkeshong

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.