DIAM tak diam genap dua tahun permata hati pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel ini.

Dilahirkan pada 22 Februari 2022, majlis meraikan ulang tahun kelahiran si kecil Nur Khawla Soleha diadakan baru-baru ini. Sederhana dan meriah, acara yang berlangsung di sebuah restoran itu turut dihadiri keluarga terdekat.

“A simple birthday celebration for Khawla.

“Daddy bawa pergi playground, lepas tu pergi dinner. Simple but so meaningful insya-ALLAH. Ibu dan daddy request semua nama yang Lala sebut before datang,” kongsi Ernie.

Watak animasi Baby Shark yang merupakan kegemaran Khawla menjadi tema majlis. Malah ia lebih meriah apabila apabila Khawla menyanyikan lagu popular daripada Pinkfong itu bersama ibu dan ayahnya.

Baca juga: ‘Sindrom mak mak ni, sebak baca.’ Kongsi wajah anak yang kini 8 bulan, ramai puji wajah seiras Ernie Zakri!

Baca juga: Giliran Ernie Zakri hiasi papan iklan digital di New York Times Square

“Macam biasa, impromptu performance mesti ada from Lala. Lagu Baby Shark yang dia tak pernah jemu. Lala happy, kita semua happy,” titipnya.

Menarik perhatian ramai, video Khawla menyampaikan lagu berkenaan menjadi tular di laman sosial.

Dalam pada itu, Ernie terdahulu sempat berkongsi ucapan buat cahaya matanya.

Menyifatkan Khawla sumber kekuatannya, anak saudara penyanyi terkenal Ziana Zain dan Anuar Zain itu berkata kasih sayang buat si anak setiap hari semakin kuat.

“Anak ibu, puteri Daddy 💝. Sejak lahir ke dunia ini, kamu membawa kasih sayang, tawa dan cahaya yang tidak terhingga ke dalam kehidupan ibu dan daddy.

“Hari ini, ketika kita meraikan satu lagi tahun kewujudanmu, hati ibu bangga dan bersyukur atas keistimewaan menjadi ibumu. Melihat kamu membesar membuat saya kagum dan tertanya-tanya. Kamu adalah harta terbesar, sumber kekuatan dan alasan untuk ibu tersenyum setiap hari.

“Selamat ulang tahun kelahiran yang kedua kesayanganku. Ibu menyayangimu lebih daripada yang dapat diungkapkan dengan kata-kata. Setiap hari dan cinta ibu untuk kamu semakin kuat,” titip Ernie.

Baca juga: Ernie Zakri intai peluang kembangkan kerjaya di Indonesia

Baca juga: ‘;Kita mudahkan kerja bini.’Gelagat Syamel terkial-kial sidai baju sambil live dipuji rajin bantu isteri

Warga maya memuji kesederhanaan Syamel dan Ernie meraikan ulang tahun Khawl dan menitipkan ucapan selamat hari lahir si kecil itu.

Tidak kurang yang memuji kepetahannya menyanyi lagu Baby Shark seiring ketepatan pergerakan.

Iklan

– “Bagus Ernie dan Syamel ajar anak bersederhana walaupun mampu.”

– “Sesuai dengan namanya yang bermaksud cergas,bijak dan bersemangat. Moga Khawla cemerlang di dunia dan di akhirat kelak. Mudah memahami dan cepat belajar sesuatu.”

– “Comel sangat part nyanyi Baby Shark tu😍, happy birthday Lala.”

– “Cuteness overload tengok dia menari Baby Shark.”

– “Happy Birthday Khawla budak bijak.”

– “Tempo Khawla hebat!!! Rising star.”

Iklan

Untuk rekod, Ernie dan Syamel diijab kabul pada 25 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!