Terbaiklah, bantuan beras terus dari mesin. Inisiatif canggih mesin ATM beras ini buat ramai tabik spring
KESEMPITAN hidup disebabkan hilang kerja atau pendapatan terjejas gara-gara penangan wabak Covid-19 membuatkan ramai terputus makanan.
Malah, ada dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan terpaksa ikat perut demi kelangsungan hidup.
Sedihnya apabila anak kecil terpaksa menahan lapar apabila bekalan dapur seperti beras terputus gara-gara ibu bapanya tidak dapat bekerja.
Ramai sebenarnya yang tampil membantu termasuk mewujudkan food bank di pekarangan masjid, premis kedai mahupun stesen minyak demi membantu keluarga memerlukan.
Pun begitu, lain pula jadinya apabila ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesemua bantuan makanan tersebut sampaikan meja pun dirembat.
Sampai begitu sekali ya. Disebabkan perangai tidak baik tersebut, membuatkan orang lain terkena tempiasnya.
Barangkali bagi mengelakkan insiden sama berlaku, inisiatif jawatankuasa Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini memang wajar dipuji.
Mana tidaknya, sebuah mesin yang dipanggil ATM beras yang diletakkan di kawasan masjid itu banyak membantu golongan memerlukan.
@kamiada_♬ original sound - KamiAda
Dalam perkongsian video oleh @kamiada_di TikTok, hanya sentuh menggunakan kad khas, sebanyak 4 kilogram beras diperuntukkan untuk keluarga susah.
Menarikkan? Golongan asnaf sekitar kawasan masjid tersebut boleh mengambil beras secara percuma untuk sekali sahaja dalam tempoh sehari.
Selain itu, bagi mereka yang ingin memberikan sumbangan pun mudah saja caranya.
Hanya memasukkan duit pada mesin berkenaan. Sumbangan akan dikira sebulan sekali untuk menampung bekalan beras yang disediakan.
Bukan setakat beras, ada gerobok rezeki yang menyediakan pelbagai makanan kering seperti biskut, tepung, sos dan banyak lagi.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Video pendek tersebut menerima lebih 531,000 jumlah tontonan yang ramai memuji kecanggihan mesin bantuan beras tersebut.
Rata-rata pengguna TikTok yang mengikuti perkongsian tersebut dan memuji insiatif yang memang jarang-jarang ada sekali gus kurang berlaku penyelewengan bantuan.
Tidak kurang juga mendoakan pahala terus mengalir buat pencipta mesin tersebut.
Sebutir beras ibarat setitik peluh petani. Jadi, jangan bersepah beras di lantai ya.
Ramai juga yang berkongsi pengalaman berkunjung ke masjid tersebut.
Idea yang cukup bernas. Tidak perlu berkumpul untuk ambil beras.
Harap ada banyak lagi mesin sama di seluruh Malaysia.
Memang canggihkan? Bukan saja dapat bantu memudahkan urusan keluarga memerlukan, orang yang sumbang pun dapat pahala.
Seronok bila lihat beras yang keluar mencurah-curah ke dalam bekas tersebut dapat melegakan hati keluarga yang kesempitan.
Moga usaha murni jawatankuasa masjid itu berterusan dan barangkali idea rare itu boleh dicontohi oleh pihak berkaitan. #kitajagakita #kitalaluibersama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang