SAKITNYA bukan kepalang tercucuk besi pada mulut, apatah lagi ia terkurung dalam perangkap tikus. Apakan daya ia hanya seekor kucing, jika dibiarkan bagaimana nasibnya? Mujur keprihatinan orang awam dan bantuan Abang Bomba menyelamatkannya nyawa.

Tidak tahu bagaimana haiwan gebu itu boleh masuk ke dalam perangkap tikus, perkongsian video oleh pengguna TikTok Izzat Azwan mengundang air mata warga maya.

Video berdurasi dua minit itu memaparkan detik cemas haiwan itu dibawa masuk ke ruang balai bomba dan dibantu.

Baca juga: Unik, rare! Venus kucing chimera bermuka dua miliki 2.2 juta follower di Instagram

Difahamkan anak kucing malang berkenaan ditemui oleh orang awam.

“Cerita sedih malam tadi seekor kucing terperangkap dalam perangkap tikus. Minta pertolongan daripada pihak bomba untuk cabutkan besi di dalam mulut si comel.

“Terima kasih pada Hamba ALLAH yang ambil berat pasal anak kucing ini, harap ramai lagi orang di luar sana yang prihatin terhadapat haiwan,” kongsinya.

Salah seorang anggota membantu memotong besi cangkuk penggantung umpan kira-kira sepanjang tiga inci.

Baca juga: DIY 2 bahan mudah rawat luka, kurap kucing lebih selamat, cepat sembuh

Anak kucing kelabu tu mengiau kuat menahan sakit hingga didakwa terkencing dan cuba melarikan diri.

Saat badannya dipegang untuk mengeluarkan besi yang tertusuk di dalam mulut, ia sedikit mengiau semakin kuat hingga terkencing.

Difahamkan selepas proses berkenaan, anak kucing tersebut telah dibawa ke klinik veterinar untuk diberikan rawatan lanjut.

Baca juga: Pencinta kucing wajib tahu apa itu parvovirus. Kalau biarkan boleh bawa maut!

Warga maya auto menitiskan air mata menyaksikan proses berkenaan. Rata-rata menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan pihak bomba membantu haiwan kecil itu.

– “Sampai menangis tengok Ya ALLAH sakit tu. Terima kasih abang bomba.”

– “Semoga kebaikan mereka yang mbantu dibalas dengan kebaikan. Kesian tengok si bulus menahan kesakitan.”

– “Nak nangis dengar suara meow ni tahan sakit.”

– “Alhamdulillah. Moga ALLAH permudahkan segala urusan dimewahkan rezeki kepada yang membantu urusan si bulus ini. Terbaik.”

– “Auto mengalir air mata dengar ia kesakitan.”

Iklan

LANGKAH AWAL KUCING KEMALANGAN

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

Apa perlu buat jika menemui kucing yang tercedera atau kemalangan. Berikut 10 langkah awal perlu dilakukan:

1. Perhatikan keadaan kucing sama ada masih hidup atau mengalami luka, patah atau pendarahan.

2. Bawa kucing ke tempat selamat dengan membalut ia menggunakan tuala atau kain (bagi mengelakkan kesakitan/ kucing agresif) dan bawa ke tempat selamat. Baringkan di atas permukaan rata.

3. Jika tiada tuala atau kain, angkat kucing dalam posisi baring sisi, atau scruff pada leher dan tampung badan kucing pada pinggulnya.

4. Hentikan pendarahan kecil seperti luka pada badan dengan menggunakan kain atau tisu bersih.

5. Jika terdapat luka terbuka (open wound), pastikan luka tersebut bersih dan tidak dihinggap lalat.

6. Jika terlihat tulang patah, kurangkan pergerakan anggota tersebut dan jangan baringkan kucing pada posisi tulang yang patah itu.

7. Jika kucing bernafas laju, pastikan ia mendapat ruang udara secukupnya. Pastikan hidung atau mulut kucing bersih daripada hingus atau darah.

8. Telefon klinik haiwan berdekatan atau klinik haiwan 24 jam untuk memberitahu kejadian dan bawa ke klinik tersebut secepat mungkin.

Iklan

9. Bawa ia di dalam kotak atau carrier kucing atau tempat yang mengurang pergerakan haiwan itu.

10.Jika keadaan kucing tidak stabil, jangan berikan minuman atau makanan.

Baca juga: Bukan saja manusia, kucing pun boleh dapat penyakit jantung, diabetes kalau obes

Sumber: Izzat izwan, Catnest Veterinary Clinic

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.