TRAGEDI kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu sangat memilukan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari ke lima, dua mangsa masih belum ditemui.

Dua lagi mangsa, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor masih hilang.

Turut menyertai SAR adik tercinta, Shahrizal Saliman, 40, kelihatan lesu namun tetap masih setia menunggu adiknya, Mohammad Fikri menunggu di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini dengan penuh harapan.

Katanya, dia masih tidak putus-putus berdoa berharap adiknya ditemui sama ada hidup atau meninggal dunia.

“Saya terima apa sahaja perkhabaran dan andai ditakdirkan adik sudah tiada, saya mahu melihat sosok tubuh atau jasadnya buat kali terakhir.

Baca juga Tragedi kepala air menggerunkan, paras naik lebih 5 meter sekelip mata, 2 maut, 7 sekeluarga dikhuatiri lemas dibawa arus

 

“Naluri saya masih positif dan yakin adik akan ditemui sebab itu saya masih tunggu di sini,” katanya.

Terdahulu, Shahrizal sanggup bersama-sama mengikuti pasukan penyelamat dalam usaha mencari adiknya.

Malah, Shahrizal turut melaungkan azan sebagai ikhtiar mengesan adiknya dan seorang lagi mangsa.

Suasana sedih menyelubungi kawasan pencarian apabila Shahrizal yang dibawa ke kawasan berkenaan melaungkan azan.

Iklan

Baca juga Sebaknya, 7 sekeluarga mangsa kepala air dikebumikan satu liang lahad, adik rayu delete gambar

Malah, dia juga dilihat sebak ketika melaungkan azan.

Lapan lagi mangsa iaitu Karim Abdullah,39; Azizah Eiyi,40; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah,16; Muhammad Zulqarnain Haikal, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree,6, dan Putri Aryana Umaira,4, sudah ditemui dan selamat dikebumikan.

Iklan

Ayuh rakyat Malaysia berdoa agar kedua-dua mangsa ditemui secepat mungkin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.