‘Traumanya sangat perit,’ Ibu mentua Mira Filzah kongsi kejadian sama ragut nyawa suami

IBU mentua pelakon cantik Mira Filzah, Datuk Mastura Mohd Yazid tampil berkongsi berhadapan kehilangan suami dalam insiden helikopter terhempas.

Mastura yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar pernah melalui pengalaman hampir sama dengan insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam petang semalam dan telah kehilangan suami tercinta, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam sebuah nahas helikopter, tujuh tahun lalu.

Menerusi hantarannya di laman Facebook, Mastura meluahkan kesedihan dan rasa simpatinya terhadap ahli keluarga 10 mangsa tragedi tersebut.

Baca juga Kronologi pesawat terhempas di Elmina, rupanya pemandu Grab tak ambil penumpang sejak jam 2 petang

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi kapal terbang terhempas di Elmina. Saya dan anak-anak sangat merasai kepedihan ini, umpama kehilangan hati dan jiwa.

“Ketika saya melihat video kejadian, saya mula sebak. Dalam hati, saya tertanya-tanya, mengapa begini. Saya mula menangis dan berdebar ketika memori tujuh tahun, tiga bulan lalu menghambat saya kembali,” katanya.

Ujar ibu kepada Wan Emir Astar (suami Mira Filzah) itu, dia sangat bersimpati dengan ahli keluarga mangsa dan berdoa agar mereka diberi kekuatan untuk berhadapan dengan ujian tersebut.

Baca juga Kebetulan memilukan, nahas pesawat di Elmina bukan kali pertama, 46 tahun lalu 34 hilang nyawa

Mira Filzah menangis lagi, anak lelaki positif Covid-19

Iklan

“Kehilangan ini amat mengejutkan dan sukar untuk dihadapi. Traumanya sangat perit. Hanya masa dan kekuatan diri sahaja dapat mengubat segalanya.

“Daripada pengalaman saya dan anak-anak, kami hanya berserah kepada ALLAH sahaja. Saya reda dengan ketentuan-Nya dan tiada tempat lagi saya memohon kekuatan berbanding daripada-Nya,” coretnya.

Moga ahli keluarga semua 10 mangsa tabah dan kuat mengharungi kehilangan ini.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!