CEF selebriti kesayangan ramai, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau Chef Wan kini menjalani rawatan kemoterapi susulan kanser limfoma.

Perlu menjalani rawatan sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu, Chef Wan kini membotakkan kepalanya selepas mengalami keguguran rambut.

Dalam hantaran di laman sosial Instagram, bapa kepada Serina dan Chef Riz itu memuat naik imej terkininya.

Biarpun botak, cef terkenal itu tetap berkeyakinan diri tampil di khalayak tanpa perlu menutup kepalanya.

Tambahnya lagi, berkepala botak menyebabkan beliau berasa ‘ringan’ dan lapang.

Baca juga: Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma, perlu jalani rawatan kemoterapi serta-merta

“Pembantu saya, Qamal memberi cadangan selepas mencukur rambut. Katanya saya mungkin ingin memakai topi untuk keluar

“Saya kata kepadanya saya mempunyai lebih keyakinan diri saya dan tidak mengambil pusing apa yang orang lain fikirkan tentang penampilan,

“Berkepala botak pada usia saya sememangnya tidak merisaukan sama sekali. Kecantikan diri terletak di dalam jiwa kita.

“Sudah tentu orang akan merenung semasa kali pertama melihat tetapi jika kita tidak perlu membiarkan perkara itu mengganggu.

“Kekal tenang, gembira, positif dan keyakinan diri,” titipnya.

Baca juga Hati Serina berkecai Chef Wan hidap kanser, mohon doa warganet. Ya ALLAH kurniakan kesembuhan buat papa

Chef Wan bersama cucu, Putri Arianna Natasya

Dalam hantaran sama, cef berusia 65 tahun itu turut mengatakan tubuhnya semakin susut.

“Apabila badan mula mengecil atau menyusut, double chin dagu berganda anda juga mula muncul di bawah leher,” katanya.

Selepas kemoterapi, beliau kini cukup berhati-hati kerana bimbang mengalami jangkitan.

Malah ketika bercukur, Chef Wan mengelakkan ia terlalu nipis bagi mengurangkan risiko infeksi.

Menerima khabar positif daripada pemilik restoran De.Wan 1958 by Chef Wan itu, warga maya rata-rata mendoakan kesejahteraan beliau.

Baca juga: ‘Sel kanser belum sampai ke otak’, Chef Wan selesai kemo tulang belakang 

Tidak kurang yang mengagumi sikap positif Chef Wan melalui saat yang sukar kini.

Iklan

Ujar mereka:

– “Keperibadian, aura positif Chef Wan sentiasa bersinar. Tiada apa yang boleh menyembunyikan aura itu. Sayang DCW, moga cepat sembuh dan terus kuat ya.”

– “Saya selalu kagumi kekuatan Chef Wan. Moga baik-baik sahaja dan cepat sembuh.”

– “Kalau keluar tengah cuaca panas elok pakai bucket hat Datuk, boleh mengelakkan sakit kepala.”

– “Semoga Chef Wan cepat sembuh.”

– “Most important is you get well soon.”

Iklan

Baca juga: Awas jika bahagian leher, bawah ketiak atau pangkal paha bengkak. Itu antara petanda awal kanser limfoma

Terdahulu, Chef Wan memaklumkan telah mengesan kanser limfoma peringkat awal selepas selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital.

Beliau memaklumkan peluang untuk dirinya sembuh besar iaitu sekitar 70 hingga 80 peratus dengan menjalani rawatan kemoterapi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!